Published on / Diterbitkan pada February 21, 2008 – 11:47 pm
Pihak admin WWW.SMKMATANGJAYA.COM amat gembira dengan sambutan dan galakkan yang diterima baik dari bekas pelajar atau pelajar-pelajar SMK Matang Jaya. Selaku admin/pembangun (developer) dan pemantau (moderator) laman web ini, kami berasa amat bangga dengan sikap yang ditunjukkan saudara/saudari kerana anda semua bukan sahaja terus memberikan galakan untuk penambahbaikan laman ini, tetapi juga telah secara tidak langsung bersikap profesional untuk tidak meninggalkan komen yang ‘tidak sepatutnya‘.
Namun demikian, untuk memastikan laman ini kekal bersih daripada komen-komen yang ‘tidak sepatutnya’, pihak admin telah memutuskan untuk memantau dengan lebih terperinci segala komen yang diutarakan. Dengan yang demikian, segala komen akan disimpan/diperiksa oleh pihak admin sebelum ianya dipaparkan di laman ini. Oleh itu, saudara/saudari tidak harus berasa risau sekiranya komen saudara/saudari tidak terpampang walaupun telah menekan butang “submit“.

Dalam pada itu, pihak admin juga akan memasukkan maklumat-maklumat berkenaan sekolah secara berperingkat. Kami memohan saudara/saudari bersabar sementara menantikan pautan/pautan atau ‘links’ laman ini dikemaskini. Sebagai admin, kami memang inginkan yang terbaik untuk laman ini, dan berharap ianya boleh dikemaskini secepat yang mungkin. Selain daripada itu, kami juga ada menerima beberapa cadangan seperti mengadakan forum dan memasukkan ‘shoutbox’ seperti yang terdapat di laman web MJROBOTICS. Buat masa ini, kami belum dapat mewujudkan satu forum kerana kekurangan kos/dana disamping masalah pemantauan yang dilihat bakal berlaku sekiranya forum tersebut diwujudkan. Namun demikian, cadangan memasukkan ‘shoutbox’ akan dipertimbangkan oleh pihak admin.
Buat masa ini, berita terkini berkenaan aktiviti sekolah mungkin agak lambat dimuat turun ke laman ini, kerana kami masih lagi perlu meneliti siapa yang boleh membekalkan kami dengan berita terkini berkenaan aktiviti sekolah. Dengan itu, maklum balas daripada pihak pelajar amatlah diperlukam. Sekiranya saudara/saudari berminat membantu dalam membekalkan artikel berkaitan untuk laman web ini, anda boleh menghubungi En David Chan & En Cyril Dason semasa waktu persekolahan.
Memandangkan laman web ini masih lagi diperhalusi dan dikemaskini, kami memohon jasa baik saudara/saudari untuk memaklumkan kepada pihak admin sekiranya mendapati sebarang kesilapan. Ini boleh dilakukan dengan meninggalkan komen pada ‘ruangan komen’.
Terima kasih atas sokongan anda, dan diharap SMK Matang Jaya terus maju jaya.
Admin
This is just a suggestion regarding the forum. The moderator/s may be can recruite from SMKMJ ex-student. Some of them are taking the courses based on IT. More people on doing, will make the things run well.
Cheers.
I feel that there is a significant difference now at school compared to the period prior to the existence of this website. It allows members of the school community to communicate and express themselves although freedom of expression is quite controlled at the moment. However, I hope that visitors who post views and comments should put extra effort to make sure that their language usage is error free as much as possible. Poor writing reflects a poor being of our school.
simpor
>>> Thank you for your suggestion. We regret to inform you that a forum is most unlikely to be added. Although you did suggest that we recruit ex-SMKMJ students, but there is no telling how much they can moderate. At the moment, the website is strictly controlled by teachers. Maybe in the future, it will change hands, but that would be in the future, and it is too early to say now.
Jane Doe
>>> I agree with you. Maybe we can ask for one English and BM teacher to help check the language and spelling inside this site.