Banner
SMKMJ Dilawati Jemaah Penilai (Nazir) Sekolah Cemerlang
This is my site Published on / Diterbitkan pada April 28, 2008 – 7:30 pm

Walaupun tidaklah secara bertulis/rasmi, namun hari ini melihat kelibat 4 orang pegawai penilai dari Jemaah Nazir. Adalah menjadi khabar bahawa kedatangan mengejut mereka adalah untuk melihat sendiri keadaan dan persekitaran SMK Matang Jaya yang telahpun dicalonkan sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di Sarawak bersama-sama SMK Siburan.

Antara aspek-aspek yang dilihat mendapat perhatian rombongan tersebut adalah persediaan guru dan pelajar, kebersihan, sesi pembelajaran dan pengajaran dan rekod pencapaian sekolah. Turut juga diperhatikan mengiringi mereka adalah Puan Pengetua, Pn Hjh Saftuyah, bersama-sama PK1, En Abg Ismawi Hj Muhi, PKHEM, Pn Liza Abdullah dan PKKK, En Ahmad Daud.

Adalah diharapkan bahawa SMK Matang Jaya mampu merealisasikan visinya untuk menjadi Sekolah Cemerlang lebih awal, yakni pada tahun ini kerana pihak laman web SMKMatangJaya.com yakin dan berpendapat bahawa sekolah yang berusia kurang 5 tahun ini telahpun boleh berbangga dengan segala pencapaian yang diperolehi, baik dari segi akademik dan ko-kurikulum.

Selamat maju jaya SMK Matang Jaya!

Posted in /Kategori 

4 Responses/maklum balas »

  1. huhh!!

    nang kacak!!

    =)

  2. selamat datang ke SMK MATANG JAYA…..

  3. skolah mek ya…
    best nak matang..
    hehehehehe..
    skolah yang paling cooL setakat kmk bLaja…
    tambahan cikgu nya luar biasa..
    nang bait giler..

  4. helena…
    ku sokong ko….
    ckg sklh tok polah kta mcm kwn nya jak…
    yalah bestnya sklh towk..
    tp,mun waktu belajar,kta blajar….
    x lamak gik ujian pertengahan tahun…
    so, kepada plajar smk matang jaya…
    good luck!!!!

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree