Banner
Berakhirnya Lawatan Panel Penilai (Nazir) Sekolah Cemerlang
This is my site Published on / Diterbitkan pada April 29, 2008 – 11:21 pm

(Pihak Nazir sibuk menilai dokumentasi sekolah)

Lawatan Panel Penilai (Nazir) Sekolah Cemerlang diteruskan hari ini dengan penyemakan evidens dan dokumentasi yang wujud di SMK Matang Jaya.  Untuk tujuan tersebut, pelbagai bukti dan fail telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan dengan bantuan guru-guru terlibat bagi menunjukkan pencapaian sekolah yang berusia kurang 5 tahun ini.

(Penilaian dokumentasi MJROBOTICS oleh pihak Nazir)

Antara yang dilihat menarik minat penilai adalah kewujudan laman web sekolah, yakni SMKMatangJaya.com dan pasukan robotik sekolah (MJROBOTICS.com) yang telah mendapat kedudukan naib-johan dalam pertandingan robotik peringkat negeri tahun lepas.  Pelbagai soalan telah diajukan berkenaan kedua-dua program ini dan pihak admin SMKMatangJaya.com amatlah berharap bahawa penerangan yang diberikan adalah memadai dan jelas.

(Pihak pentadbir bersama guru kanan SMKMJ yang hadir)

Turut mendapat perhatian khas adalah sifat berdikari para pelajar SMK Matang Jaya yang berupaya menghasilkan kertas kerja sendiri tanpa banyak bantuan dari pihak guru.  Menurut ahli panel, perkara-perkara sebegini wajar diteruskan oleh pihak sekolah kerana ianya menunjukkan kematangan dan sifat kepimpinan di kalangan para pelajar sekolah ini.  Dengan yang demikian, pihak admin SMKMatangJaya.com ingin merakamkan sekalung tahniah kepada pihak sekolah kerana telahpun dicalonkan sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di Sarawak.  Sesungguhnya, pihak admin merasakan SMK Matang Jaya adalah sebuah sekolah yang sudahpun cemerlang di hati warganya, namun sekiranya sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Cemerlang 2008 dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ianya bolehlah dianggapkan sebagai satu bonus yang tidak ternilai kepada seluruh usaha dan jasa warga SMK Matang Jaya.

Posted in /Kategori 

5 Responses/maklum balas »

  1. bye nazir.. jalan bait2.. klak jumpa gik.. dtg gik mun ada masa..

  2. congratulation smk Matang jaya…
    saya berbangga jadi anak pelajar Matang Jaya…
    aku akan buktikan aku berjaya selepas belajar di SMK Mtang Jaya

  3. Taniah kepada pihak pengurusan dan kepimpinan SMK Matang Jaya yang diterajui oleh Puan Saftuyah… SMK Matang Jaya yang begitu muda umurnya, telah menuju ke arah kecemerlangan yang unggun… jangan dilupakan misi kita, MENJADI SEKOLAH HARAPAN NEGARA MENJELANG TAHUN 2010. Looking forward for that moment! All the best, SMK Matang Jaya

  4. Tq nazir.. harapkan skul kt mjadi skul harapan negara. matang jaya MAJU!!!!!!!!!!!!!!

  5. yeye!mudahan dpt..mun menang ka,duit nya ya..lumayan abis tuu!!pat beli the spring eh..hahaha…well,gud luck smk matang jaya..congrats dirik!hehe…pas tk memang banyak nazir datang gk kali…jaga2 kit..hehehe…tang di cek2 jak buku tak owg lak…:P

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree