Banner
Hari Guru Diraikan Traditional
This is my site Written by admin on May 21, 2008 – 9:30 pm

Keputusan Undian kepada soalan : “Apakah acara yang akan memeriahkan Hari Guru SMKMJ?” adalah seperti berikut.
Persembahan Pelajar (25%)
Persembahan Khas Guru (23%)
Perlawanan Persahabatan Guru-Pelajar (20%)
Anugerah Khas Guru (18%)
Pemberian hadiah kepada guru (8%)
Jamuan kelas untuk guru (5%)


SMK Matang Jaya hari ini merayakan hari guru peringkat sekolahnya dengan penuh adat istiadat. Ini adalah bersempena dengan tema perayaan hari guru tahun ini yang lebih berunsurkan tradisi. Para guru juga turut segak dan cantik memperagakan baju batik rasmi sekolah yang bercorakkan batik Sarawak yang serba hijau.

Sambutan dimulakan dengan perarakan khas para guru ke Dewan Serbaguna di iringi pengawas sekolah.

Ucapan dan amanat merupakan agenda seterusnya sebelum para guru mengambil pentas untuk persembahan khas sempena perayaan Hari Guru, seperti tahun-tahun sudah. Namun demikian, sebuah lagu nostaligia yang bernama “Biarku Menjadi Lilin” turut dinyanyikan buat pertama kali oleh warga pendidik pada tahun ini.

Ini disusuli oleh persembahan pelajar dimana gelagat ala Akademi Fantasia dikesan telah berjaya menceriakan suasana majlis, khususnya persembahan terakhir dari pelajar bernama Zair Paiman yang dilihat amat bertenaga dan berkeyakinan. Tidak juga dilupakan persembahan bergaya dan menarik dari pasukan penari sekolah, pelajar-pelajar Tingkatan 1, pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah dan Kumpulan Dikir Barat sekolah.

(Persembahan pelajar Tingkatan 6 Rendah)

Sambutan kemudiaanya dihentikan untuk sesi jamuan para guru sebelum diteruskan dengan acara sukaneka bersama guru dan pelajar.

Sambutan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan perasaan penuh puas kerana sambutan Hari Guru ini dilihat meriah dan menarik. Dengan yang demikian, kami di SMKMatangJaya.com, mewakili semua staf dan guru ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala usaha pihak penganjur dan warga pelajar dalam menjayakan Sambutan Hari Guru SMK Matang Jaya bagi tahun 2008.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK SMK MATANG JAYA.

9 Responses »

  1. Boleh tahan gak lah korang sume sambut harry gurue. Terutamanya persembahan choir dan dikir barat. Tapi, yang budak band perform lagu tu…..aku rase dah lari sikit lah dari tema hari guru. Nape xde sketsa atau pn drama?….kan lagi best kalau ade. Tapi, overall, best. ^_^

  2. hahahahahahaaa…..
    hari tok bestlah jwk…
    mcm2 persembahan jak…

  3. knak gmbr ckit gilak owh..

  4. selamat hari guru….

  5. hwahwaaa..
    perform mek org kcak x!!
    hahaa..

    kpd yg layan..thanks..
    n kpd yg tak suke tu, takpe la klau tak suke..
    dok diam2,takyah la nk komen bodo2..
    asl kan kami dah buat yg terbaik dr kami

    bg yg menyokong kami..trimas!

    insyaOrait..tyme ambang kemerdekaan kelak,
    kami akan buat persembahan lagu yg lbh baik dan patriotik

    dari,
    sil vaneuz@bio…

  6. wah!!diz is my first tyme celebrate ari guru kat skolah!!laz 2 years ya ku mala jak x berkesempatan n this is rili2 great!!congrats smkmatangjaya!!!

  7. huhuhu….sayang2 pict x banyak…..pi hari guru ya iz da bezt…..

  8. besa-besa jak,p skul matang jaya nang best

  9. best lah ari ya…..

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree