Banner
Perkhemahan Badan Beruniform 2008
This is my site Written by admin on May 26, 2008 – 8:40 pm


SANTUBONG – SMK Matang Jaya telah dengan jayanya menganjurkan Perkhemahan Badan Beruniform ke-2 dari 24 – 26 Mei 2006 dengan tema “Disiplin Asas Pembentukan Jati Diri” di Pusat kokurikulum Santubong. Kem dimulakan dengan sesi taklimat di ruang legar SMK Matang Jaya pada jam 730pagi oleh Komanden Kem Cikgu Hasbie. Ini disusuli oleh aktiviti mendirikan khemah setibanya di Pusat Kokurikulum Santubong sebelum sesi khas berkaitan dengan aspek Pertolongan Cemas oleh penceramah khas dari JPA3 dimulakan.

Sesi ceramah agama/moral juga turut diadakan sebelum sesi Latihan Dalam Kumpulan(LDK) meneruskan kesinambungan aktiviti perkhemahan ini pada sebelah malamnya. Hari pertama yang banyak berkisar kepada aktiviti dalaman berakhir pada jam 1130malam.

 Pada hari kedua, sesi dimulakan dengan sesi solat dan agama sebelum aktiviti senaman pagi mengambil alih. Ini diikuti dengan aktiviti-aktiviti lasak seperti Rappelling & Abseiling, Wall Climbing dan Jungle Tracking yang dipantau dan diketuai oleh jurulatih berpengalaman dari Pusat Kokurikulum Santubong. Pada sebelah malamnya, malam kebudayaan menampilkan satu acara ala Akademi Fantasia dimana Kumpulan 9 dengan persembahan ‘Chicken Dance‘ berjaya menarik minat para juri. Ini disusuli dengan aktiviti Musibah Diri yang dilihat berjaya membawa keinsafan dan perasaan menghargai terhadap peranan ibu bapa dan guru di dalam kehidupan para peserta.

 (Pemasangan peralatan keselamatan untuk aktiviti Rappelling & Abseiling)

Walaupun lebih dianggap sebagai penganjur, pihak guru juga berkesempatan menunjukkan bakat di dalam sesi riadah mereka sendiri melalui permainan Pentaque.

 

Hari ketiga lebih banyak berkisar kepada aktiviti pembersihan kawasan. Ini disusuli dengan Majlis Penutupan rasmi Perkhemahan Badan Beruniform 2008 oleh YDP PIBG SMK Matang Jaya, En Montogomary bin Montaha yang menyatakan bahawa disiplin sememangnya amat di perlukan di dalam pembentukan jati diri seseorang. Beliau juga turut menyatakan kesanggupan pihak PIBG untuk terus menyokong aktiviti kokurikulum pihak sekolah yang dilihat banyak membawa manfaat kepada pelajar.

 (Kumpulan 9 mempersembahkan ‘Chicken Dance’ semasa majlis penutupan)

Sesungguhnya, perkhemahan yang melibatkan sebanyak 157 orang peserta, 21 orang pembantu, dan juga penglibatan aktif guru-guru SMK Matang Jaya ini dilihat berjaya memupuk disiplin dan juga semangat bersatu padu di kalangan hampir kesemua yang terlibat di dalam perkhemahan ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak penganjur, khususnya Cikgu Ahmad Daud selaku Penyelaras & Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Rabunah selaku Pen. Penyelaras dan semua guru yang telah bersama-sama meluangkan masa cuti sekolah untuk menjayakan perkhemahan ini sehingga ianya berjalan dengan lancar dan berjaya.

 Adalah menjadi harapan bahawa aktiviti sebegini akan diteruskan untuk masa akan datang.

 Nota: Gambar perkhemahan yang lebih baik akan dimasukkan apabila pihak admin menerima gambar-gambar tersebut daripada AJK Dokumentasi.

Posted in  

28 Responses »

  1. best kah kem towk??
    byk org padah best…yakah??
    mun best rugilah aku…huhuhuhuhu…
    sorie tyk… coz xda pegi… hehehehe..

  2. best da jak kem kali tok..
    to all the fasilitator…
    thanks a lot…
    we already do the best among the best…

  3. lak kita g gik d camp keh…

  4. best tak owang ohh…jeles ku…

  5. aku ingin meminta maaf bg pihak geng-geng kadet bomba yg tlh bnyak melakukan kesalahan..

    first day dah kenak bomb cikgu Hasbie n the police geng..

    hahaa,
    perkhemahan kali ini banyak meninggalkan kenangan manis bg geng2 senior tahun ni..
    *cian nngga member nk nangis masa malam terakhir ya..hahaa*

  6. kem tok boleh lah tahan…lagik pun byk member ku yg pegi…
    ku enjoi wpn group ku kalah……..
    to all cadets bomba…
    sabar lah….. biar pun tak owg sik da lesen…hahahaha
    tapi bagi ku…
    mun sidak bomba sikda…nang boring ku time ya…
    byk member ku dtg dari bomba…
    anyway…
    ku enjoi tis camp…… to ol my frens out there…
    thnks coz being very sporting….hahahaha

  7. n ada lagi…
    kem tok byk kelemahan…
    n to ol out there grenti byk yg support….
    ketara gilak kelemahan kem tok…
    dari segi pengurusan masa,,,aktiviti…..
    harap di perbaiki….
    but tak pa…
    asal gwa enjoi….

  8. sorry to say…
    walau da kelemahan untuk kem kali tok,
    kmk orang as a fasilitator dah lakukan yang terbaik n kitak orang pun enjoy kan ngn perkhemahan kali tok…
    so, mek asa mun kitak la d dalam keadaan kmk orang kitak akanrasa apa yang kmk orang lakukan..
    kmk orang dah lakukan yang terbaik untuk perkhemahan kali tok..
    so…

    maaf la mun cdak fasilitator x lakukan yang terbaik untuk kitak orang..
    kmk orang dah berusaha sedaya upaya

  9. Camp ari ya nang bez! Rasa mok g lagik. Mcm2 aktvt ari ya. yg paling bez ialah chicken dance! Tarian ya cute gilak.

  10. I want to join but i have go to tennis tourney.. So sad..
    =((

  11. C-yan razmee xpat pergi ke camp ya~but never mind lain kali ktk pergilah. By da way, ktk menang @ kalah dlm prtndgn tenis ya?

  12. Ku mok suggest skolah kita polah PKBM. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia. Nakah bagus….

    Another thing, ku mok suggest next kitak org polah lawatan gi Sampadi Shooting Range(mun boleh, cari peluang pake belajar pake m16!!) Mungkin boleh polah lawatan pergi kem2 PLKN dan ikut aktiviti sia. Layan….

    To all plajar SMK matang jaya masuklah PLKN, mun x kenak pun jadi volunteer. Sapa2 blaja kat university kelak masuk Kesatria mun sik PALAPES(ROTU). Jadi separa askar, separa pelajar. Sapa masuk UITM lak ada nemu ku lam Kesatria lak!

  13. Iboh lupak polah lawatan gi kem askar wataniah ngan Kor armor DiRaja rah batu 10!

  14. laaa…
    mk ikut…
    haha..

  15. Bez tak owg g kem….

  16. i hope there were be a camp again…thats will be my sweet memory 2008………………………………….mok diat mata kembang oiiiiiii…………………

  17. cutezt chicken dance!!!!!!!!…………………………….

  18. cdeh dOe hari terakhir ya..sapa x nangiz..wawawa..paling cdeh msa di surOh imagine ya!!hish..cdeh..

  19. Syabas dan taniah kepada warga-warga MJ kerana telah menganjurkan perkhemahan ini dengan jayanya. Adalah kali kedua program sebegini berjaya dilaksanakan.
    Kepada adik-adik/abang-abang/kakak-kakak semua, tiada satu program yang dijalankan akan memenuhi keinginan atau kehendak setiap orang. Ia mesti akan ada kelemahan kepada orang yang mengikutinya, sekurang-kurang seorang peserta. Pandangan dan kehendak setiap manusia berbeza.
    Sekian

  20. malu da jak aku joget chicken dance waktu ya,dah la aku kumpulan 9……….

  21. aku rasa nak….pengurusan masa time camping riya lemah…

  22. ZAER
    RASA RUGGED

  23. herm…syg ku xda…pa leh buat nasib bdan…best o…

  24. jelez akuuuu………

  25. bezt ka aryh??? pa tang bezt jawk owhh…rugie da jawk x pgy ewhh..nywsal kuw ewhh.

  26. best na khemah ya … rasa nak g agik

  27. hyee…
    kem ya nang bes oooo…
    sapa x g ya nang rugi arrr…
    plg bes tym muhasabah diri…
    meleleh ooo…
    tp nang bna laa…
    lekak kem ya ada la rasa perubahan pada diri…
    x malu gik nak kaka ngan orang…
    insaf ngan family…
    so…if da gik kem kdak towk, diharap ramai la yang join ek…

  28. O.O nang best kem tok…. tapi tapak perkhemahan org laki atas skali….tapi tahun depan mok ku koin……

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree