Published on / Diterbitkan pada June 22, 2008 – 4:35 pm
Seperti tahun sebelumnya, Hari Permuafakatan diadakan dengan jayanya di SMK Matang Jaya. Sedikit perubahan tahun ini memperlihatkan mesyuarat PIBG tidak diadakan serentak dengan Hari Permuafakatan Ibubapa-Guru. Namun demikian, dari segi pandangan kasar, sesi permuafakatan yang berlangsung diadakan dengan lancar dan sempurna.
Hari sebegini dilihat amat bermanfaat kepada kedua-dua guru dan ibu bapa kerana para guru berupaya menyelami masalah dan kisah di sebalik kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar. Selain daripada itu, hari sebegini juga memberi peluang untuk pihak ibu bapa berjumpa sendiri dengan guru yang mengajar anak-anak mereka, dan memberikan pandangan mereka terhadap apa yang boleh dibantu untuk meningkatan prestasi akademik anak mereka.
Adalah menjadi harapan sesi sebegini akan diadakan untuk tahun-tahun mendatang.
kantoi ku fail..lu knak bisin mak bpk aku lu..saba jaklah…
aku dapat no.1 dalam kelas 8A 3B.