Banner
Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak 2008: SMKMJ Kecewa Lagi.
This is my site Published on / Diterbitkan pada August 14, 2008 – 5:44 pm

Khamis, 14 Ogos 2008 – Pasukan Bahas SMK Matang Jaya gagal buat kali kedua dalam usaha untuk merangkul Piala Bahas Ketua Menteri Sarawak selepas pasukan itu tunduk kepada hujah-hujah bernas daripada pihak SMK Marudi, Baram.  Pasukan SMK Matang Jaya yang mendapat latihan khusus dari guru berpengalaman, Pn Zalinah Kamsani dilihat telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan hujah-hujah bagi menumbangkan kekentalan hujah pihak SMK Marudi. Namun, nasib dan pengalaman juara 4 kali Pertandingan Bahas Ketua Menteri Sarawak jelas lebih baik dan ini dilihat punca pasukan SMK Marudi pulang dengan piala idaman tersebut.  Turut hadir menyaksikan pertandingan tersebut adalah Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud.

Untuk rekod, pasukan bahas SMK Matang Jaya juga berjaya menduduki tempat kedua pada tahun 2007, dan kejayaan terbaru ini meletakkan SMK Matang Jaya sebagai satu-satunya sekolah yang berjaya meranggul gelaran naib juara Pertandingan Bahas Ketua Menteri Sarawak buat kali kedua berturut-turut.

16 Responses/maklum balas »

  1. yuhhhuuuu…
    warga smk matang jaya….
    jgnlaa sedeyh2…
    dah kira satu pengiktirafan team korank dapat ddk sama rendah n bdirism tinggi with team smk marudi yg nang dikenali sbg pasukan gergasi bahas…hihi….(:
    wat team matang jaya….u ol improve la bbanding taun lpas..;p
    annisa,shuhada,fizree, n ckgu zalinah….
    nice to meet u ol…
    perkampungan kita lam arena perbahasan swk mmg bnyk mengajar sgala2nya…
    team matang pon best wak baaa…
    (:

    pembahas terbaik pertandingan akhir bahas piala ketua menteri 2007!!

  2. Tahniah kpd pasukan bahas smk mtg jaya walaupun dpt no 2 sekurang-kurangnya korang ada sumbangan terhadap skolah.jgn putus asa.

  3. dimana ada kemahuan, di situ ada jalan

  4. kalah dan menang adalah adat permainan

  5. kepada pasukan bahas smk matang jaya, jangan kecewa terutamanya kepada adik annisa fatin farhana…tahun depan kita ambik gelaran juara ya keyh……

  6. hoho~
    nang hbat psukan bhas skuwl kta thun tok…
    kali kdua brturut2 g pertndingn akhir pat naib juara…
    ne mok cwik skuwl lain kat kuching dak skuwl kta…
    ta ptt bgga ngn skuwl kta tok…
    ckgu smua hbat…
    trutama ckgu zalinah yg mbak cdak pmbahas smpy pringkat tinggi cm ya…
    nang syukur lah…
    harap2 thun pan skuwl kta pat mnang final ya…
    lejuk mala ngga Smk Marudi mnang jak…
    hahahaha…

    Smoga brjaya kt Ckgu Zalinah N Kadet2 bahas nya ya…
    hoho~

  7. YIUK!!!
    to team MJ, jgn b’sedey banget deh….next year kite tnding sama2 gik k….sama2 improve ho…do da best 4 us… next year…!!!! chia yOooooo….

    DO DA BEST LOR……..
    PEACE!?!

  8. jgn berputus asa…cuba lagi tahun depan….tingkatkan usaha..namun,yg pasti smk marudi…LAWAN TETAP LAWAN..!!!

  9. ola,katek…
    lawan tetap lawan weyyy!

  10. xpa… tahun dpn mesti menang….
    huhuhu kmk org dolok lagik sedih… arghhh malas nak crita… hanya raden, fizree, saleh dan aku yg mengerti…
    huhuhu
    1st batch bahas matg jaya…
    kenangan paling manis di RTM Sibu…

  11. neway… mun x silap fizree will sit 4 his STPM…
    gud luxxx… berjaya dalam bahs… of coz dlm akedemik juak…

  12. susah nak kalahkan smk marudi di gelanggang perbahasan…syabas! kepada cg Abang Median..tahniah kepada team bahas smk marudi..koranglah generasi baru yang bertuah berada di bwh bimbingan cg Abg..salam drpd sy bekas anak murid cg abg.>hehe..

  13. aih …naib juar gk ? lolz

  14. wah…bangga sgguh skul aku dpt menang bah.mang tererlah ank2 didik cgu. Abg ya..next year menang lagi ok!!congrats.

  15. rasa bangga cozz sekolah kami menang. apa-apa pun, semuanya harus bangga dengan perkembangan positif ini. bagi adik-adik….genarasi masa depan….majulah ke depan. pada andalah terletaknya harapan bangsa dan negara.

  16. masa dekat dah……
    untuk pertngn bahas piala ketua menteri 2009,
    chia yooooo!!!!!!!!!1
    everybody…

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree