Written by admin on August 30, 2008 – 1:51 pm

SABTU, 30 OGOS 2008 – Seperti tahun-tahun sudah, SMK Matang Jaya merayakan hari Di Ambang Kemerdekaan pada tahun ini.. Walaupun perayaan tahun ini dilihat agak sederharhana kerana langkah pihak pentadbiran melaksanakan urusan penjimatan, namun kemeriahannya tetap dirasakan dengan aktiviti perarakan lintas hormat, dan juga perhimpinan khas kemerdekaan.

Acara dimulakan tepat jam 7pagi dimana kebanyakan pelajar dengan bersemangatnya mengenakan samada baju traditional masing-masing atau baju kebangsaan. Ini disusuli dengan acara lintas hormat yang kemudiannya disusuli dengan acara pertandingan berkaitan kemerdekaan seperti pertandingan nasyid merdeka, pertandingan kuiz sejarah, koir lagu kemerdekaan,pertandingan roket dan banyak lagi. Turut diadakan seminggu sebelumnya adalah pertandingan arca merdeka dan pertandingan video merdeka.

Pada jam 1100pagi pula, satu perhimpunan khas juga diadakan dimana ucapan dan perutusan telah dibacakan oleh wakil dari kalangan guru. Puan Saftuyah, pengetua SMK Matang Jaya juga berkenan memaklumkan bahawa hari Isnin, 1 September 2008 adalah hari cuti am, dan sekiranya Awal Ramadhan jatuh pada hari Selasa (2 Sep. 2008), maka hari tersebut akan diistiharkan sebagai cuti peristiwa sekolah. Turut mengambil tempat adalah majlis penyerahan baju koperat pasukan MJROBOTICS kepada puan pengetua bagi menghargai jasa dan sokongan beliau di dalam program robotik sekolah. Majlis kemudiaannya disusuli dengan persembahan pelajar dimana video yang dihasilkan oleh Sting Mayers (4T), Awang Shahrul (4T), Mahfuz Fikri (4T), Haniff (4T), Russel (4T), Amirul Faliq (4T), Mohd Shahreen (4T), Ali Amirudin (4T), Galvin (4T), Alexon (4T), dan Zulhimmi (4T) dilihat telah membawa satu tambahan baru kepada hari ambang kemerdekaan sekolah.
Malis kemudian diserikan dengan persembahan nasyid, koir kemerdekaan, dan dikir barat sebelum ianya diakhiri dengan laungan merdeka sekitar jam 1 petang .


















mena2.. sambutan agk sederhana… tp, meriah..!!
best bcoz mcm aktiviti ada.. termaksuklah pembarisan nk last minit ya.. hahahaa.. lawak da jwk.. tp, keseluruhan meriah..!!
bez kmerdekaan diz year~
g0 MJ!
syg lie jak xdpt tgk nya nyanyi…
explorace plg best wlpun dpt no.3..
smkmj rock!!
hmm..
thun tok lah pling bez k me n frenz…
pat wat vdeo…
walaupun plah lam masa 9 jam jak dr kol 5 ptg smpy 2 pg p ya berbaloi…
hehehe…
thanks ckgu cyril sbb trust mek owg wat tok…
hehehe…
diharap prtndingan video tok dplah slalu…
n…
harap2 thun pan skuwl pat wat ambang merdeka tok dgn lbih meriah gyk…
wlaupun thun tok xda mnyambut detik2 12 mlam smpena merdeka,p dh ckup meriah…
Hidup Malaysia, Hidup MJ, Dont surrender to Easily to the enemy!!!
Check2 Rock2!!
haha,best2…
lain kali plh vdeo mbak ku juak…haha..x’D
MALAYSIA!!
eppy merdeka
huhhh..
aku lom merdeka gik,
SPM lom lepas gik!!
huhhh(mengeluh)
tis year pun smbutan kurenk tapi sik pa lah…
atleast skul da polah pa yang da untuk smbutan kali tok…
agak frust la final year kmk org tis year,merdeka pun sambutan nya agak kurang mcm ya…
hope tat nxt year will be better wpn we ol 5T sik da gik…
HAPPY MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!
bez daa jk tyme ya..
sambutan taun towks is amazing!!
kacak li jak roket miak …….asa mok main juak
Akhirnya ada terbitan baru untuk SMKMJ website.
Merdeka tu merdeka, jangan lupa pasal exam ya..
xbest lak,mun da prfm band bok best hahahahahaha!!