Written by admin on September 20, 2008 – 8:46 pm

JUMAAT – Bersempena dengan bulan puasa, pihak SMK Matang Jaya telah berkenan mengadakan majlis berbuka puasa dan khatam al-Quran di kawasan sekolah bersama-sama warga Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Majlis yang biasanya diadakan di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman (STAR) telah dengan jayanya dianjurkan oleh SMK Matang Jaya pada tahun ini . Untuk tahun ini, tema “Bersama Mencari Keberkatan Ramadhan” dipilih, dan ianya dilihat amat bersesuaian untuk dengan suasana bulan puasa ini. Guru-guru bukan Islam SMK Matang Jaya juga turut dijemput hadir oleh Pn Pengetua, Puan Hjh Saftutah bagi menyertai majlis berbuka puasa di Dewan Serbaguna SMK Matang Jaya. Majlis yang diadakan bermula jam 6:30pm telah berlangsung sehingga jam 10:30 malam.
salam… eh, awalnya majlis khatam al-quran tahun nie… any way, semoga setiap amalan dilipatgandakan terutamanya ketika 10 malam terakhir….
semoga ALLAH memberkati semua warga SMK MATANG JAYA dan ditabahkan hati utnuk menjalani kehidupan duniawi… amin..
kepada semua pengajar 6AC 2006/2007, kmk rindu ngan semua kenangan yang telah dilalui bersama…
selamat menyambut hari raya aidilfitri bala2 matang jaya!