Banner
Majlis Pemberkatan Calon Peperiksaan Awam Bukan Islam 2008
This is my site Published on / Diterbitkan pada October 8, 2008 – 9:35 pm

RABU – Satu majlis ringkas yang melibatkan sesi doa pemberkatan bagi calon-calon peperiksaan awam SMK Matang jaya telah diadakan di Dewan Serbaguna SMK Matang Jaya hari ini.   Majlis yang bermula tepat pada jam 6 petang telah melihat kedatangan lebih kurang 150 pelajar, ibu bapa dan guru.  Kehadiran tahun ini dilihat lebih memberangsangkan berbanding majlis sama tahun lepas.

Pada tahun ini, pihak sekolah telah berjaya menjemput Fr Alberts dari gereja St Joseph, Kuching dan beliau telah menyatakan kekaguman beliau terhadap kehadiran ibubapa yang amat mengalakkan di dalam majlis pemberkatan ini.  Beliau juga menyatakan harapan untuk melihat lebih banyak majlis sebegini diadakan pada masa depan.  Majlis berakhir pada jam 830 malam selepas makan malam.

Posted in /Kategori 

One Response/Satu maklum balas »

  1. Setelah saya tamat dari sekolah ini 2 tahun lepas, saya mendapati sekolah ini telah membuat satu laman web yang menarik,kreatif dari segi persembahan dan lain-lain lagi. Pelajar juga semakin bertambah…keep going matang jaya..be the best among the best. Saya harap laman ini dapat menceritakan latar belakang sekolah ini dari segi penubuhannya. Di samping itu,pamerkan juga juga gambar-gambar ex-student sekolah ini agar mereka dapat melihat kenangan mereka semasa bersekolah di sini. Ini dapat mengembalikan kenangan zaman persekolahan. Hal ini kerana saya merupakan ex-student sekolah tapi gambar-gambar kami tak ada..huhu..sedihnya..simpan la gambar kami..ok?

    From;
    Mervinie Benard
    (Uitm,Shah Alam)
    Ex-student MJ’06-07

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree