Banner
Rombongan dari Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
This is my site Published on / Diterbitkan pada October 31, 2008 – 1:33 pm

JUMAAT, 31 Okt 2008 – Sekolah kita telah diberi penghormatan yang tinggi pada hari ini, satu rombongan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang telah membuat lawatan khas ke sekolah kita. Lawatan kali ini lebih khusus kepada pengurusan dan pengendalian aktiviti ko-kurikulum sekolah SMK Matang Jaya yang dikatakan dapat mencapai tahap kecemerlangan dalam masa yang begitu pendek kerana sekolah ini hanya beroperasi pada tahun 2004. Hal ini telah menunjukkan pihak sekolah sentiasa mengambil berat dalam aktiviti ko-kurikulum selain daripada akademik pelajarnya. Rombongan ini terdiri daripada 35 orang pegawai daripada bahagian ko-kurikulum daerah Seberang Perai Selatan. Rombongan ini diberi taklimat ringkas oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Matang Jaya, Encik Ahmad Daud Bin Dzulkipli sebelum melawat sekitar kawasan sekolah. Turut hadir bersama pada sesi ini adalah pengetua SMK Matang Jaya, Puan Saftuyah Binti HJ Adenan serta ahli jawatankuasanya.

http://i301.photobucket.com/albums/nn59/smkmatangjaya/PA310002.jpghttp://i301.photobucket.com/albums/nn59/smkmatangjaya/PA310002.jpg

Posted in /Kategori 

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree