Banner
Majlis Makan Malam Tahunan Staff SMK Matang Jaya
This is my site Written by admin on November 1, 2008 – 12:01 am

JUMAAT, 31 Oct 2008 – Seperti tahun-tahun sudah, AJK Kebajikan Staff SMK Matang Jaya menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan Staf.  Tahun ini, majlis tersebut diadakan di Grand Malay Restoran yang terletak di Satok atas cadangan puan pengetua.  Jamuan diadakan secara ‘buffet’ dimana menunya lebih kepada makanan Melayu traditional.

Majlis yang diacarakan En Haider telah dimulakan pada jam 8pm, dan seperti kebiasaannya, pemberian cenderamata dan ucapan pengetua dan para jemputan khas. Puan pengetua dalam ucapan beliau menyatakan kegembiraannya terhadap pencapaian sekolah, dan kesyukuran beliau kerana SMK Matang Jaya memiliki staf yang amat berdedikasi dan diibaratkannya seperti keluarga beliau sendiri.  YDP PIBG, En Montogomery turut mengambil kesempatan memuji pencapaian SMK Matang jaya sebagai sekolah pilihan ramai ketika menyampaikan ucapan beliau.

Turut menyampaikan ucapan beliau adalah Pn Azizah Idris yang bakal berpindah ke Putrajaya pada tahun hadapan.  Di dalam ucapan beliau, beliau telah memuji keharmonian sekolah SMK Matang Jaya, dan menyatakan perasaan sedihnya kerana terpaksa meninggalkan sekolah ini.

Majlis berakhir pada jam 10 malam dengan pemberian hamper cabutan bertuah kepada semua staf yang hadir. Berikut adalah gambar dari Majlis ini:

2 Responses »

  1. wow..really hope that the school held this function for the form 5 student this year… before they leave the school….

  2. hi
    sad sad why no farewell party for six form????????

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree