Banner
Sekitar Majlis Izin Ilmu & Hari Terakhir Sesi P’Sekolahan 2008
This is my site Published on / Diterbitkan pada November 7, 2008 – 1:32 pm

Hari ini merupakan hari terakhir bagi sesi persekolahan 2008 bagi semua warga SMK Matang Jaya.  Ianya juga merupakan hari terakhir semua pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas melihat suasana sekolah SMK Matang Jaya secara rasmi. Seperti mana tahun-tahun lepas, Majlis Izin Ilmu telah dianjurkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan calon-calon peperiksaan awam bersalaman dan berjumpa dengan guru masing-masing buat kali terakhir sebelum mereka melangkah ke dewan peperiksaan kelak.  Majlis sebegini dilihat bermanfaat untuk kedua-dua warga pendidik dan calon peperiksaan kerana selain ianya membolehkan kedua-dua pihak saling bermaafan, ianya secara tidak langsung memberikan satu ketenangan kepada semua bakal calon SPM dan STPM dalam menjalani peperiksaan mereka.

Bagi kelas bukan peperiksaan, aktiviti gotong royong bagi membersihkan persekitaran sekolah diadakan, dan aktiviti kemuncak hari terakhir sesi persekolahan SMK Matang Jaya 2008 adalah majlis perhimpunan bersama.

Ketika perhimpunan bersama, Pn Pengetua telah mengumumkan perpindahan Ustazah Azizah Idris dan Pn Fadillah (gambar atas – tengah) ke Semenanjung Malaysia, dan pemergian En. Awang Kasmurie untuk melanjutkan pelajaran beliau.  Pn Pengetua juga telah menyentuh berkenaan tarikh-tarikh penting bagi sesi persekolahan tahun hadapan, dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah di atas semua sumbangan dan usaha bagi memartabatkan SMK Matang Jaya sepanjang tahun ini.

Posted in /Kategori 

8 Responses/maklum balas »

  1. smk matang jaya are the best..i love smk mj..rindu kelak eh…

  2. arie tok last day takorg kt skool smk mj nk?? msti takorg rindu ngan suasana sklh klak.. kta mak akulah nk.. hehehee~ btw, gud luck kpd plajar fom5 ngan plajar upper6 utk spm dan stpm yg akan dtg..
    peace..^-^

  3. PERUBAHAN JADUAL SPM PENDIDIKAN MORAL;
    HARI YANG SAMA TAPI
    MASA 2.30PTG-5.00 PTG

  4. salam….
    sudah menjadi lumrah pelajar senior akan melangkah keluar dari pintu gerbang alam persekolahan… apa yang pasti, kenangan abadi yang terlakar akan sentiasa tersemat di dalam hati masing-masing…
    kepada adik-adik junior, hargailah kehidupan yang dimiliki kerana kenangan itulah yang akan sentiasa mekar di dalam hati apabila anda melangkah keluar dari alam persekolahan nanti…

    kepada cikgu kasmurie dan ustazah latifah,, thanks 4 everything… i’ll remember all memories that we had go through together….

    dalam kenangan, upper 6 06/07…

  5. Do the best for spm & stpm. kalau nak berjaya korbankan kesenangan pada masa sekarang untuk masa depan anda.

  6. askum…hye n hye!!warga smk matang jaya…

  7. skul dh abis…huhuhu…gonna mizz evrything!!!teachers.frenz..I’ll MIZZ U ALL!!!smkmj is d bez!!

  8. selamat tinggal SMKMJ….

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree