Written by admin on January 31, 2009 – 3:58 pm
Seperti yang anda semua sedia maklum, laman SMK Matang Jaya telah menghadapi masalah teknikal pada bulan lepas. Namun demikian, masalah tersebut telahpun berjaya diatasi dan kini, laman web sekolah berwajah baru.
Pihak admin laman web berbesar hati kerana kembali menerajui SMK Matang Jaya secara on-line, namun terdapat beberapa perubahan dalaman yang mungkin bakal berlaku. Tidak banyak yang boleh diperkatakan, namun perubahan tersebut berkemungkinan membabitkan sturuktur organisasi laman web SMK Matang Jaya, dan juga pengemaskinian laman smkmatangjaya.com.
Berbanyak-banyak terima kasih juga dipanjangkan kepada pihak PIBG SMK Matang Jaya yang telah bersetuju untuk menaja laman web SMK Matang Jaya untuk tahun 2009, dengan syarat ianya dikemaskini setiap minggu.
Banyak lagi perubahan akan menyusul, namun ianya akan mengambil sedikit masa kerana pihak admin juga terpaksa membahagikan masa di antara mengemaskini laman ini, dan juga melakukan tugas-tugas rasmi di sekolah. Buat masa ini, kami telah membuka ruangan komen kepada semua yang ’singgah’ di laman ini dan dengan demikian, kami berharap akan mendapat maklum balas berkenaan pendapat anda tentang laman smkmatangjaya.com, serta apa yang anda, sebagai pengunjung inginkan dari kami.
Sekian, terima kasih.

hye…
welcome back… ^^
bleh tawuk ka sapa admin laman web tok?
bkn ckg cyril gyk nak?
[admin]
Yes.. you’re right.
owh…laman web baru.
I Like It!
emm,.. kpd pihak admin, tolong memperkacakkan laman web tok. terlalu simple la.
[Respon admin]
Pihak admin sedang berusaha untuk memperkemaskan laman ini. Namun demikian, dengan bajet yang ketat, tidak banyak yang boleh dilaksanakan. Suka juga diingatkan bahawa pengubahsuaian ‘templete’ memakan kos dan juga masa yang banyak, dan ianya tidak boleh dilaksanakan sesuka hati. Terima kasih.
wow!waa…good2..i like diz..but,,so smple..
tahniah coz smk matang jaya suda ada laman web yang tersendiri..tahniah!and one thing perbaharui laman web nie bia cantik yaa..
[Admin]
Buat masa ini, pihak Admin belum mempunyai masa dan dana untuk menukar antaramuka laman ini. Terima kasih.