Banner
Keputusan STPM 2008: 10 Mac
This is my site Published on / Diterbitkan pada March 5, 2009 – 2:23 am

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysai (STPM) akan diumumkan pada 10 Mac 2009, menurut Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris.  Berita ini disebarkan melalui akhbar TheStar Online.

Menurut beliau, calon-calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing mulai 12 tengahari di sekolah masing-masing, atau menlayari laman web www.mpm.edu.my selepas masa yang sama.

Calon juga boleh menyemak keputusan masing masing melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip “STPM (No kad pengenalan)” dan menghantar kepada 39003.

Beliau juga menyatakan bahawa analisis keputusan akan dikeluarkan pada hari yang sama.  Untuk rekod, 53,638 calon menduduki STPM pada tahun 2008, dan lebih kurang 100 adalah dari SMK Matang Jaya.  Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dijangka akan dikeluarkan pada pada hari yang sama atau pada hari Khamis, 12 Mac 2009, namun belum ada pengumuman rasmi dibuat setakat ini.

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree