Written by admin on March 10, 2009 – 9:59 pm
Hari ini keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah dikeluarkan di lobi koperasi sekolah. Pihak Admin telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa keputusan tahun ini meningkat berbanding tahun 2007. Juga dikhabarkan bahawa kuantiti calon yang mencapai keputusan yang baik meningkat, dan SMK Matang Jaya berjaya mengekalkan peratus kelulusan melebihi 90%.
Sekilas pandang di lobi koperasi tadi mendapati kebanyakan calon kelihatan gembira dengan pencapaian masing-masing. Pihak Admin SMK Matang Jaya, mewakili semua warga SMK Matang Jaya mengucapkan tahniah kepada calon yang berjaya, dan ribuan terima kasih kepada semua warga pendidik yang telah berusaha menaikkan peratus kelulusan SMK Matang Jaya.
Keputusan/Analisis penuh boleh diperolehi daripada Unit Peperiksaan Sekolah.
Berikut adalah beberapa gambar yang berjaya diambil:






salam… bagaimana dengan keputusan peperiksaan??? harap semuanya berjaya mengatasi kelemahan dan kegagalan pada masa lalu….
tahniah dan syabas diucapkan kepada warga pendidik smk matang jaya kerana berjaya mendidik pelajar2 dgn jayanya…
insyaallah, berkat doa dan usaha dari semua pihak, para pelajar akan mewarisi tampuk pemerintahan pada masa hadapan dengan cemerlang…
Tahniah kepada pelajar STPM 2008…Bolehlah apply kat UPSI bagi yang berminat sebab ambilan semester depan dikhabarkan banyak..So selamat mencuba..
syabas dan thniah to all!!!
))
slm sjtra n slm ppaduan…tahniah kepada pljr smk mtg jy yang bjaya..smoga anda bjaya dlm stiap bidang yg anda cebri..btul kata Mr Are Deeb jom la msuk upsi..hehee..sertaila bidang pdkn..“GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG”…
calon stpm 2008 mmg terer…trskn usaha anda…kita mmg boleh..jgn lupak apply kat ‘u’ lak…
brav0!Kpada YG dpt..4 principle ya…g0od2…
cal0n stpm 2009…d0 the best..g0od luck k!
kmk lom ambik result gik eyh..
g duduk d tmpt orang tok..
sedihnya