Banner
Mesyuarat Agung PIBG
This is my site Written by admin on April 6, 2009 – 8:22 am

dsc04620

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Matang Jaya telah diadakan pada hari Sabtu, 4 April 2009 di Dewan Serbaguna Sekolah.

Mesyuarat yang dimulakan pada jam 8pagi  dengan  ceramah ke-ibu bapaan oleh Tuan Haji Abang Ismawi.  Di dalam ceramah beliau, En Abang Ismawi, yang juga merupakan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah menekankan kepentingan peranan ibubapa dalam pembentukan pelajar yang bersahsiah tinggi.  Beliau juga turut menyentuh berkenaan masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sekarang, dan menggesa ibu bapa mengambil peranan aktif dalam membentuk pelajar yang terbilang untuk negara.

Mesyuarat secara rasminya dimulakan pada jam 9:30 pagi dengan ucapan aluan dari En Motogomery yang merupakan Yang Dipertua PIBG sesi 2007/08.  Ini diikuti oleh laporan khas dari setiausaha kehormat dan laporan kewangan dari penolong bendahari, En Yusoff.

Beberapa usul berkaitan dengn peraturan sekolah telah juga dikemukakan oleh ibubapa seperti isu makanan di kantin, masalah kemudahan sekolah dan peranan ibu bapa di sekolah.  Ini kemudiannya diikuti dengan pembubaran AJK sesi 2007/2008 dan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2008/09.  Mesyuarat diakhiri pada jam 1:30 petang dengan cabutan bertuah.  Kehadiran dianggarkan sekitar 100 ibu bapa dan guru.

Posted in  

2 Responses »

  1. bpkku ada…ka…

  2. mesyuarat PIBG smkmj pd saya lnsung tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa pelajar smkmj. kehadiran ibu bapa juga kurang memuaskan.

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree