Banner
Unit Kaunseling Anjur Lawatan ke Hari Terbuka ICATS
This is my site Published on / Diterbitkan pada April 27, 2009 – 10:51 am

20090425_28

JUMAAT, 24 April – Unit Kaunseling SMK Matang Jaya telah berbesar hati untuk menerima jemputan pihak ICATS (International College of Advance Technology Sarawak) yang menganjurkan hari terbuka kolej mereka pada hari Jumaat lepas.

Seramai 32 pelajar bersama 2 guru pengiring telah menyertai rombongan ini yang bertolak dari sekolah pada jam 9:00 pagi.

20090425_27

Semasa sesi lawatan selama satu jam di kolej ini, rombongan SMK Matang Jaya telah diberi sedikit taklimat tentang kursus dan juga kemudahan yang disediakan oleh pihak ICATS untuk pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM.  Turut dimaklumkan adalah berkenaan bantuan kewangan dan peluang-peluang pekerjaan yang boleh diperolehi oleh bakal graduan ICATS.  Rombongan SMK Matang Jaya juga berkesempatan melawat beberapa makmal seperti makmal pneumatik, makmal animasi dan juga makmal komputer, dimana mereka telah didedahkan oleh pengalaman dan sedikit pengetahuan asas berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di ICATS oleh pelajar-pelajar sedia ada ICATS.

20090425_25

20090425_23

20090425_22

Lawatan berakhir pada jam 11:00pagi.

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree