Banner
Perihal Mempamerkan Komen
This is my site Published on / Diterbitkan pada April 28, 2009 – 11:28 am

Pihak laman web telah menerima rungutan bahawa wujud keadaan dimana komen yang dihantar tidak dipamerkan.

Sesungguhnya, pihak laman web SMK Matang Jaya amat berterima kasih atas sokongan dan pendapat yang sentiasa diberikan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan kemampuan dan keberkesanan laman web rasmi SMK Matang Jaya.  Namun demikian, sebagai langkah meningkatkan lagi taraf ‘profisionalisma’ laman web SMK Matang Jaya, pihak laman telah mengenakan syarat-syarat berikut bagi membolehkan sesuatu komen diluluskan untuk dipaparkan:

  • Nama penuh digunakan
  • Komen yang ditinggalkan bersifat membina, dan tidak bersifat negatif
  • Komen tidak mempunyai unsur lucah atau perkauman

Penggunaan nama sebenar seperti ‘Bob’, ‘Razlan’, ‘Man’ juga tidak akan diterima.

Penggunaan nama penuh adalah  untuk menimbulkan sikap bertanggungjawab daripada pihak yang meninggalkan komen.  Ini adalah kerana, wujud situasi di mana nama samaran atau nama singkat digunakan, dan komen yang ditinggalkan adalah berunsur amat negatif dan seringkali berbahasa lucah.

Untuk pengetahuan umum, pihak laman web SMK Matang Jaya sedang bekerjasama dengan pihak TM untuk memantau IP address (alamat unik yang dimiiki setiap pengguna internet) pengguna yang meninggalkan komen-komen lucah dan berbaur benci untuk tindakan lanjut sekiranya perlu.  Semua komen tersebut (beserta IP Address) telah disimpan untuk rujukan.

Pihak laman berharap bahawa pengguna dan pelawat ke SMKMatangJaya.com akan bersikap matang dan meninggalkan komen yang bernas.  Kami juga berharap anda memahami situasi berkenaan perlaksanaan syarat meninggalkan komen di laman web rasmi SMK Matang Jaya.

Segala kesulitan dan masalah yang mungkin timbul amatlah dikesali.

Sekian.  Harap maklum.

Posted in /Kategori 

One Response/Satu maklum balas »

  1. Assalamualaikum pembaca dan rakan2 lama…
    Kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya pertama sekali terima kasih dan setinggi penghargaan saya ucapkan khususnya kepada para guru yang banyak berbankti kepada diri ini, sesungguhnya pada tahun 2007 yang lalu saya tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih kepada para guru sekalian.Tahniah juga kepada guru yang terlibat dalam membangunkan laman web ini. saya difahamkan cg cyril yang telah berjaya membangunkan laman web ini, tahniah kepada cikgu sekali lagi. Pelajar sekalian saya merupakan bekas pelajar sekolah ini sejak tahun 2007, apa yang ingin dikatakan oleh saya ialah sepanjang saya berda di sekolah ini saya bukan sahaja menjadi pelajar terhadpa sekolah ini tetapi juga menjadi pemerhati dan pendengar kepada masyarakat. secara peribadi sekolah ini banyak potensi sebenarnya, tetapi potensi tersebut dilihat banyak dikekang oleh sikap kamu sendiri para pelajar, kenapa? kerana kurangnya kesedaran kehebatan diri dalam segenap aspek. Pelajar dan rakan2 akan hebat dalam akademik dan pbidak lain sekiranya pelajar dan rakan2 meraskan diri pelajar sekalian hebat. tanamkan kehebatan itu, cuba tinggikan sikap bersaing dan elakkan sikap sentimen dan prejudis antara satu dengan yang lain, insyaallah kamu akan hebat.Saya percaya setiap pihak pentadbiran pula mahu satu budaya yang positif antara pelajar dan antara guru, ingatlah ianya bermula dari pihak atas sebenarnya, pengetua seharusnya memainkan peranan yang lebih dalam meneruskan usaha interaksi terhadap pelajar, turun padang setiap hari bukanya sebulan sekali atau seminggu sekali tetapi setiap hari, nescaya sikap mesra pelajar dan untuk memberikan yang terbaik kepada pihak pentadbiran pasti akan dapat dipenuhi.sekian fikir2kanlah wasalam , yang ikhlas….orng dagang

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree