Published on / Diterbitkan pada May 14, 2009 – 11:21 am
Pendaftaran pelajar Tingkatan 6 Rendah telah mulai mendaftar di SMK Matang Jaya mulai Isnin yang lepas. Untuk Tingkatan 6 Rendah, sebanyak 4 kelas dibuka pada tahun ini, dimana satu adalah kelas Sains tulen.
Kaunter-kaunter pendaftaran telah dibuka di lobi koperasi SMK Matang Jaya, dan bakal pelajar SMK Matang Jaya telah dikehendaki menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap ketika mendaftar. Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah juga dikehendaki membawa bersama salinan cetakan tawaran memasuki Tingkatan 6 Rendah dan sedikit wang untuk yuran pendaftaran. Segala permohonan urusan perpindahan jurusan dan sekolah telah dilaksanakan ketika sesi pendaftaran dan pelajar hanya akan mengetahui status permohonan mereka pada awal bulan Jun kelak.