Banner
Pelajar SMK Matang Jaya cat kelas sendiri
This is my site Written by admin on May 18, 2009 – 10:51 am

dsc04892

Beberapa minggu yang lepas telah menyaksikan beberapa buah kelas di SMK Matang Jaya mengecat kelas mereka sendiri dengan warna-warna pilihan tersendiri.  Tindakan mengecat kelas oleh pelajar sendiri mendapat sokongan penuh pihak pentadbiran apabila pengetua sendiri merakamkan penghargaan beliau ketika ucapannya di dalam perhimpunan sekolah.

Antara warna yang menjadi pulihan adalah kuning, merah jambu, hijau dan biru, dan kebanyakan kelas memilih untuk menggabungkan dua atau lebih warna bagi menonjolkan lagi keharmonian antara warna yang dipilih.  Untuk kelas-kelas bersaiz kecil, tiga tong cat berkapasiti 7.5 liter digunakan, manakala kelas-kelas kecil menggunakan dua tong cat sahaja.  Cat diberi dengan menggunakan dana khas setiap kelas, atau sumbangan guru tingkatan masing-masing.

Inisiatif pelajar dan juga guru-guru tingkatan SMK Matang Jaya ini sememangnya baik, dan haruslah diteruskan untuk tahun-tahun mendatang.  Ini adalah kerana selain memupuk nilai sayang akan kelas, pelajar juga dapat menghargai kelas yang diperuntukan kepada mereka dengan lebih mendalam lagi.

4 Responses »

  1. wahh,, best lah.. saye pun sokong sangat2.. memandangkan saye bekas pelajar smk matang jaya, saya memang menyokong usaha para pelajar..

  2. saya bekas pelajar smk mj(2005-2007),amat berbangga dengan sikap kawan-kawan saya spt romino &lain2.mengecat kelas sendiri boleh menambahkan lagi keceriaan di dalam kelas.selamat maju jaya.”julang cemerlang tatang gemilang matang jaya ku terbilang”.

  3. Hai, Apa ceyta kitowk urg..? Mun belajar ia bagus sikit iboh nak terkayo-kayo bah. saya tauklah cikgu Abg Ismawi sik da agik tp Mama Liza masih ada in the house… okey.. any way Good Luck 2 stundent nak ambik exam SPM n STPM. Iboh nah main2. Masa depan ia penting yg PENTING JANGAN PILIH JALAN HITAM…he2.he2.. kepada pada sesiapa ini cuma mainan bukan yg benar atau yg udah mati..

    saya bekas pelajar tingkatan 5 Matang..

  4. minok!!abg ku!!

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree