Banner
MJROBOTICS Pamer Kehebatan di SMK Asajaya
This is my site Published on / Diterbitkan pada May 22, 2009 – 2:15 pm

ketibaan & persediaan pasukan MJROBOTICS

Pasukan Robotik SMK Matang Jaya (MJROBOTICS) telah menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) ke -5 yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia di SMK Asajaya pada tahun ini.   Seperti tahun-tahun sudah, pasukan robotik sekolah hanya menyertai kategori terbuka dimana tema pada tahun ini adalah ‘Robot Artist’.  Sebanyak 3 pasukan mewakili SMK Matang Jaya, dimana 2 pasukan adalah dari golongan junior (Tingkatan 2) dan 1 pasukan dari golongan senior (Tingkatan 4).

Untuk makluman, MJROBOTICS telah bertolak dari sekolah seawal jam 6 pagi dan telah tiba di SMK Asajaya sekitar jam 8:30 pagi.  Mod pengangkutan yang digunakan adalah bas sekolah mini tanpa hawa dingin, dan dua guru yakni Pn Welcymina dan En Cyril Dason menjadi guru pengiring.  Setibanya di SMK Asajaya, ketiga-tiga pasukan dibenarkan untuk memulakan aktiviti menghias ruang pameran masing-masing.

Pembentangan projek masing-masing dilaksanakan sekitar jam 1 petang.  Pembentangan setiap pasukan mengambil di dalam 7 minit, dan ini tidak termasuk 3 minit yang diperuntukkan untuk sesi soal jawab.  Turut mengambil bahagian di dalam Pertandingan Robotik Kategori Terbuka adalah SMK Batu Kawa dan SM Sains, Kuching.

pasukan yang bertanding

Pasukan yang bertanding di dalam kategori terbuka dibenarkan balik selepas jam 2 petang kerana tidak ada majlis penyampaian hadiah disediakan untuk pasukan-pasukan kategori terbuka.  Ini adalah kerana pemenang kategori ini akan dihubungi melalui pos oleh pihak Jabatan Pelajaran Sarawak, dan akan mewakili Bahagian Samarahan ke Bintulu untuk pertandingan peringkat negeri pada bulan Jun 2009.  Turut berlangsung di SMK Asajaya pada hari yang sama adalah Karnival Sains, dan Pertandingan Robotik Kategori Biasa.

4 Responses/maklum balas »

  1. [...] manis lagi adalah apabila semua pasukan (3 pasukan) yang dihantar oleh MJROBOTICS ke peringkat NRC Zon Pertandingan Samarahan di SMK Asajaya, telah dipilih untuk mewakili Zon Pertandingan Samarahan di NRC Sarawak 2009.  Ini sekaligus [...]

  2. caya laa korang..

  3. salute laaa…waa respect lu…

  4. gua salute luu laa….bez na tkwg eyh..

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree