Written by admin on May 24, 2009 – 7:50 am
Pasukan Robotik SMK Matang Jaya (MJROBOTICS) telah dipilih untuk mewakili Zon Pertandingan Samarahan di Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Sarawak 2009 yang akan berlangsung di Bintulu pada bulan Jun nanti. Berita kejayaan pasukan ini disampaikan oleh En Viktor Sii, yang mewakili pihak Sasbadi Sdn Bhd kepada guru penasihat MJROBOTICS pada sekitar jam 1 tengahari pada hari Sabtu lepas.
Lebih manis lagi adalah apabila semua pasukan (3 pasukan) yang dihantar oleh MJROBOTICS ke peringkat NRC Zon Pertandingan Samarahan di SMK Asajaya, telah dipilih untuk mewakili Zon Pertandingan Samarahan di NRC Sarawak 2009. Ini sekaligus bermakna bahawa SMK Matang Jaya akan menjadi satu-satunya sekolah dengan wakil terbanyak di dalam pertandingan kategori terbuka NRC Sarawak 2009. Berita pemilihan ketiga-tiga pasukan untuk mewakili Zon Pertandingan Samarahan sememangnya mengejutkan kerana ini adalah kali pertama sesebuah sekolah dipilih untuk menghantar lebih dari satu pasukan ke peringkat negeri.
Untuk makluman, MJROBOTICS mula menyertai NRC Kategori Terbuka sejak 2007 dan keputusan yang diperolehi amatlah memberangsangkan. Pada tahun 2007, MJROBOTICS memperolehi tempat kedua daripada 10 pasukan bertanding. Pada 2008, pasukan ini dianugerahkan anugerah ‘Best Decoration’ dan juga tempat ke -4 daripada 26 pasukan, dan sekaligus merupakan satu-satunya pasukan yang mencapai kedudukan tertinggi di peringkat Kuching dan Samarahan.
Dengan pemilihan ini, MJROBOTICS akan diiringi oleh satu lagi pasukan senior dari SM Sains Kuching yang turut dipilih daripada Zon Pertandingan Samarahan. Pasukan MJROBOTICS dijangka akan mendapat saingan daripada SMK Bandar Bintulu (Zon Pertandingan Bintulu), SM Sains (Zon Pertandingan Miri), SM Teknik Sejingkat (Zon Pertandingan Kuching), dan SMK Sacred Heart (M) (Zon Pertandingan Sibu) untuk slot ke NRC Malaysia 2009.



Gud job 2 all d robotics team dz year!!^^
Tahniah!!!!!
Anyway all the Best !!!!!