Banner
En Abang Ismawi Ke SMK Semera
This is my site Written by admin on July 1, 2009 – 10:36 pm

Penolong Kanan Pentadbiran SMK Matang Jaya, En Abang Ismawi telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Sarawak sebagai Pengetua baru SMK Semerak, Samarahan.  Beliau yang telah berkhidmat selama 4 tahun di SMK Matang Jaya telah membawa banyak perubahan terhadap sistem operasi sekolah, khususnya dari segi dokumentasi. Tarikh kuat kuasa perlantikan beliau adalah 1 Jun 2009.

Dengan yang demikian, pihak sekolah telah melaksanakan rombakan kecil di peringkat pentadbiran dengan menamakan Pn Liza Abdullah sebagai Penolong Kanan Pentadbiran yang baru, dan Encik Ahmad Hazmorllah Mohd Hazemi sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Tugas sebagai Guru Kanan Kemanusiaan yang telah dipegang oleh Encik Ahmad Hazmorllah Mohd Hazemi akan dijawat Cik Liew Ching Hui.  Kesemua rombakan baru ini adalah berkuatkuasa 1 Julai 2009, yakni selepas penyerahan tugas oleh mantan PK1 SMK Matang Jaya, En Abang Ismawi.

Tahniah diucapkan di atas semua kenaikan pangkat yang diterima.

3 Responses »

  1. Assalamualaikum…

    Tahniah diucapkan kepada Cikgu Abang Asmawi kerana telah menjadi Pengetua Di SMK Semerak, Samarahan. Semoga Berjaya di tempat baru. Begitu juga Kepada Pn. Liza Abdullah dan Cikgu Ahmad Hamzorllah kerana telah dinaikkan pangkat. All the Best!!!!

  2. salam…. setiap pertemuan pastinya ada perpisahan… setiap motivasi dan tunjuk ajar yang diberikan kepada pelajar terutamannya ketika perhimpunan mingguan pastinya akan sentiasa dikenang dan dipraktikkan oleh pelajar….
    kepada puan liza, encik ahmad dan cik liew, selamat menjalankan tugas dengan penuh kesabaran dan dedikasi ye…. salam sayang dan rindu,, bekas pelajar 6AC 06/07

  3. Assalamualaikum…

    tahniah diucapkan kepada Tuan Hj Abg Ismawi di atas lantikan tersebut. Begitu juga buat Cikgu Liza, Ustaz Ahmad dan semua yang terlibat. Tahniah…mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah swt. amin.

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree