Published on / Diterbitkan pada July 8, 2009 – 9:43 am
Rabu, 8 Julai 2009 – Karnival Sukan Ke-2 SMK Matang Jaya dirasmikan dengan jayanya pada hari ini oleh En Nasir dari Jabatan Pelajaran Daerah Kuching. Gimik perasmian Karnival Sukan kedua ini turut menyaksikanpenggunaan robot AUTOKOM ciptaan pasukan Robotik SMK Matang Jaya, yang berkemampuan memainkan kompang dengan menggunakan alat kawalan jauh.
Dalam ucapan perasmian beliau, En Nasir menyatakan bahawa SMK Matang Jaya merupakan salah sebuah sekolah yang terunggul di dalam bidang ko-kurikulum, dan merupakan sebuah sekolah yang bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi juga dari segi berkemampuan dari segi pencapaian akademik dan ko-kuirikulum sekolah
Upacara perasmian Karnival Sukan ini turut menyaksikan lintas hormat dari 6 rumah pasukan bertanding, dan beberapa pasukan unit beruniform. Pasukan Kadet Polis dibawah En Hasbie juga diberi penghormatan melakukan persembahan kawad formasi. Ini disusuli oleh persembahan tarian poco-poco yang turut disertai Pn Pengetua sendiri.
Karnival Sukan Ke-2 ini turut melihat pengenalan beberapa acara baru termasuk pertandingan Pentaque dan pengenalan gerai jualan yang disertai 16 gerai dari pelbagai kelab dan persatuan. Berikut adalah beberapa gambar ketika majlis tersebut:































assalammualaikum kpd semua warga matang jaya. Tahniah kpd pasukan kereta solar krn mndpt tmpt ke-2…..semoga sukses selalu…!!!
gudluck 4 all spm student 4 diz year..2009..