Banner
Rajawali Kuasai Karnival Sukan 2009
This is my site Published on / Diterbitkan pada July 9, 2009 – 10:42 pm

20090709_160

Rumah Rajawali (Hijau), sekali lagi menunjukkan keunggulan apabila mengusai Karnival Sukan SMK Matang Jaya yang ke-2.  Tempat kedua, diduduki Rumah Helang (Jingga) yang kekurangan 9 mata, dan tempat ketiga digapai oleh Rumah Kasawai (Ungu).  Rumah Garuda(Merah) pula mendapat tempat ke-4, dan ini diikuti oleh Rumah Cenderawasih (Biru) dan Rumah Kenyalang (Kuning).

20090709_124

Ketua pasukan Rumah Rajawali tahun ini, Mohammad Benfadzlyn(5 Terbilang) dalam satu temuramah ringkas menyatakan bahawa Rajawali menang kerana usaha gigih, dan ianya bukan nasib semata-mata.  Dia juga menyatakan bahawa sunguhpun Rajawali tidak menduduki tempat pertama dalam kebanyakan acara, namun kebanyakan peserta yang mewakili rumah Rajawali berjaya menduduki kedudukan kedua dan ketiga dan ini menyumbangkan banyak markah kepada pasukan Rajawali.

Wakil Rumah Helang, Sh. Nurashidah (5 Terbilang) pula pasrah dengan kekalahan tipis kepada Rumah Rajawali dengan menyatakan bahawa menang kalah itu adat pertandingan.

Pn Pengetua membuat bersedia membuat lontaran untuk Pentaque

Untuk rekod, Karnival Sukan SMK Matang Jaya Ke-2 ini telah dilangsungkan selama lebih 2 bulan, dan pelbagai sukan dan permainan seperti bolasepak, bola keranjang, sepak takraw, futsal, congkak dan catur telah dipertandingkan.   Karnival yang dirasmikan oleh En. Nasir dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuching  turut mempertandingkan permainan Pentaque antara guru-guru SMK Matang Jaya, yang mana turut menyaksikan penglibatan aktif Pn Pengetua sendiri.

Persembahan Silat

Karnival Sukan Ke-2 SMK Matang Jaya ditutup dengan rasminya oleh Pn Hjh Saftuyah, Pengetua Kanan SMK Matang Jaya.  Majlis penutupan turut diserikan dengan persembahan silat dari Kelab Silat.  Berikut adalah beberapa gambar berkaitan majlis penutupan & pertandingan Petaque guru:

20090710_109

20090710_105

20090710_104

20090710_103

20090710_102

20090709_123

20090709_157

20090709_150

20090709_137

20090709_126

3 Responses/maklum balas »

  1. Tahniah !!!!!!

    Rumah Rajawali dapat menjadi juara buat tahun ke-4 berturut-turut… Tahniah sekali lagi diucapkan…kerana masih mengekalkan kejuaraan…
    Kenangan dengan kalian tetap di ingatan!!!!

    All the Best!!!! Succes Always!!

  2. huhuhu….
    Rajawali BOLEH!!!!
    terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli rumah hijau yang telah bertungkus lumus untuk menjuarai kemenangan ini,terutama sekali kepada ketua rumah benfadzlyn…we salute you!!!
    RAJAWALI IS DA CHAMP

  3. hye ben..i c u..haha..thniah laa..

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree