Banner
MJROBOTICS Wakil Sarawak
This is my site Written by admin on September 14, 2009 – 11:00 am

Tempat Pertama; Projek Robog

14 SEPT – Pasukan Robotik SMK Matang Jaya (MJROBOTICS)  meneruskan tahun yang membanggakan dengan pemilihan untuk mewakili Sarawak di Pertandingan Robotik Kebangsaan Malaysia yang akan diadakan di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara pada 30 September – 2 Oktober 2009.

Pasukan yang akan bertanding dalam Kategori Terbuka Menengah Rendah akan diwakili oleh Hazwan Fitri dan Jennefer Inap, kedua-duanya dari kelas 2 Terbilang. Seorang lagi ahli, Mohd Hamizan yang juga dari Tingkatan 2 Terbilang tidak dapat bersama pasukan ini kerana sedang sakit.  Pasukan yang menghasilkan robot ROBOG ini dibimbing oleh En Cyril Dason dan Pn Welcymina Wahab, dan telah menyapu 2 anuegreh tertinggi di Pertandingan Robotik Peringkat Sarawak di SK Sebiew, Bintulu dua bulan lepas.

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree