Written by admin on September 16, 2009 – 7:26 pm
SMK Matang Jaya, 16 Sept – Pn Pengetua secara rasminya menutup bulan Kermerdekaan SMK Matang Jaya pada jam 7:15pagi tadi. Dalam ucapan penutupannya, beliau menegaskan betapa pentingnya pelajar SMK Matang Jaya berusaha untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang di dalam akademik masing-masing. Beliau juga menyatakan rasa kagum beliau terhadap SMK Siburan yang telah meletakkan sasaran 50 pelajar semua A dalam PMR tahun ini berbanding SMK Matang Jaya yang hanya menyasarkan 5% daripada lebih kurang 200 calon peperiksaan PMR. Dalam pada itu, beliau meminta bantuan dan kerjasama dari semua pihak, khususnya pihak pelajar agar bersama-sama mengembleng tenaga bagi membolehkan SMK Matang Jaya menyaingi pencapaian SMK Siburan, dan seterusnya menjadi Sekolah Cemerlang pada tahun 2010.
Beliau juga menyatakan bahawa hari Jumaat adalah hari bersekolah, namun pelajar dan guru dibenarkan balik selepas waktu rehat.
Upacara penutupan serba ringkas yang diadakan di Dewan Serbaguna SMK Matang Jaya turut menyaksikan sesi penyampaian hadian kepada pemenag-pemenang kuiz dan pertandingan kemerdekaan seperti pertandingan kelas paling patriotik, pertandingan menulis sajak dan pertandingan membuat layang-layang. Majlis bersurai sekitar jam 845 pagi.