Written by admin on September 17, 2009 – 7:18 am
PUTRAJAYA: Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.
“Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya,” katanya dalam kenyataan media. Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. – Bernama
Sehubung dengan perkembangan terkini ini, pihak pengurusan sekolah telah menunda segala ujian dan peperiksaan yang sepatutnya berlangsung pada hari Jumaat ini (18/9/09) ke hari Isnin (28/9/09).