Published on / Diterbitkan pada September 18, 2009 – 10:30 am
JUMAAT, 18 Sept – SMK Matang Jaya tidak akan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran mulai minggu depan 21 September 2009 – 19 September 2009 bagi membolehkan warga pelajar dan pendidiknya yang beragama Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri. Cuti seminggu ini telahpun diganti dengan kelas penuh pada hari Sabtu dalam bulan Januari hingga Jun 2009. Cuti berganti ini juga telah diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Sungguhpun cuti Hari Raya ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar merayakan Hari Raya dan balik ke kampung halaman, namun calon-calon peperiksaan awam, khususnya calon PMR diingatkan agar mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi PMR seminggu selepas cuti Hari Raya.
Dengan itu, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan SELAMAT BERCUTI diucapkan kepada semua warga SMK Matang Jaya.
