Banner
SMK Matang Jaya Anjur Pertandingan F1inSchools Peringkat Sarawak
This is my site Written by admin on October 17, 2009 – 4:04 pm

Bernie Ecclestone Trophy

JUMAAT- SMK Matang Jaya berbesar hati menerima kunjungan 15 pasukan F1 dari seluruh Sarawak pada 19 dan 20 Oktober ini dengan pemilihannya sebagai tuan rumah pertandingan F1inSchools buat julung julung kali.

Pertandingan yang mula disertai SMK Matang Jaya pada tahun 2007 melibatkan aspek-aspek sebenar sukan F1 dimana sesebuah pasukan perlu mencari penaja dan mempromosikan pasukan mereka sendiri.  Turut perlu dihasilkan adalah sebuat prototaip atau model kereta F1.

SMK Matang Jaya dalam pada itu telah mewakili Sarawak pada tahun 2007 dalam pertandingan F1inSchools yang diadakan di Kompleks Membeli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree