Banner
Chronos Breaker Juara F1inSchools
This is my site Written by admin on October 20, 2009 – 5:07 pm

F1 2009 116

MATANG JAYA – Pasukan Chronos Breaker yang mewakili SMK Batu Lintang memenangai Juara Keseluruhan bagi Pertandingan F1inSchools Technology Challenge peringkat Sarawak.  Pertandingan ini yang diadakan untuk 2 hari, yakni mulai 19 Oktober – 20 Oktober 2009 dan menyaksikan 15 pasukan dari seluruh Sarawak bertanding.

F1 2009 107

Dalam pertandingan F1inSchools Technology Challenge ini, pasukan bertanding dikehendaki menjalankan satu entiti berdasarkan model perjalanan perniagaan sebuah pasukan F1 sebenar.  Ini termasuklah mencari penaja pasukan serta mempelajari aspek teknikal untuk menghasilkan kereta F1 yang berkelajuan tinggi.

F1 2009 094

F1 2009 092

Majlis penutupan F1inSchools di sempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak, Tn Haji Mortadza Hj Alop dimana beliau telah diberikan kesempatan oleh pihak penganjur bersama pertandingan ini (F1inSchools Technology Challenge Sdn Bhd) untuk menguji litar lumba serta berlumba dengan Pengetua SMK Matang Jaya, Pn Hjh Saftuyah Hj Adenan.  Perlumbaan ini dimenangi oleh Tn Hj Mortadza dengan catatan masa kurang 1.6 saat.

Pertandingan peringkat Sarawak pada tahun ini dianggap unik kerana Zon Sarawak adalah satu satu zon di Malaysia yang menjalankan pertandingan penuh untuk Program F1inSchools Technology Challenge.

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree