Written by admin on October 21, 2009 – 2:55 pm
Majlis Deepavali dan Hari Raya diadakan di semua 36 kelas SMK Matang Jaya hari ini. Dalam majlis serba ringkas ini, kelas-kelas telah mengadakan rumah terbuka masing-masing dimana guru-guru dijemput oleh pelajar untuk melawat kelas masing-masing untuk sesi jamuan. Majlis diadakan seawal jam 8 pagi, diakhiri pada jam 10pagi dengan sesi mengemas kelas yang diselia oleh guru tingkatan dan penolong guru tingkatan.
Antara hidangan yang didapati popular adalah kari, rendang dan sate. Turut menjadi hidangan istimewa adalah ayam goreng KFC, Laksa Sarawak dan juga kek coklat dari Secret Recipe. Puan Pengetua turut sudi meluangkan masa untuk melawat di beberapa kelas terpilih.
Selepas tamat majlis Deeparaya, pelajar-pelajar dibenarkan balik, dan guru-guru telah diminta untuk bergerak ke bilik muzik untuk mesyuarat Kurikulum yang melibatkan semua guru.
Mesyurat dihentikan sebentar sekitar jam 1 untuk majlis Deeparaya di kalangan guru pula sebelum disambung dengan mesyuarat Kokurikulum dan mesyuarat Staf sehingga jam 5:30 petang.



meriah li gak kls 2 c.. kmiowg x glk …..hahahaha