Written by admin on November 14, 2009 – 2:11 pm
KHAMIS – SMK Matang Jaya telah mengadakan Majlis Graduasi & Pengiktirafan 2009 pada hari ini. Majlis yang diadakan disempurnakan pembukaannya oleh YDP PIBG, En Montgomery Montaha yang mana telah menyatakan kesediaan pihak PIBG sekolah untuk sentiasa membantu pihak sekolah dalam apa jua program yang mampu meningkatkan pencapaian SMK Matang Jaya. Dalam ucapannya, beliau juga turut meminta agar guru bersikap profesional ketika berhadapan dengan para ibu bapa kerana telah wujud beberapa aduan berkenaan layanan guru terhadap ibu bapa pelajar.
Majlis serba ringkas itu turut menyaksikan persembahan multimedia yang dihasilkan Jabatan Dokumentasi Sekolah, persembahan tarian, deklamasi sajak, koir, nyanyian ‘un-pluged’ dan juga karaoke oleh palajar-pelajar terpilih. Majlis turut diserikan dengan iringan muzik gamelan oleh Kumpulan Gamelan Sekolah yang baru ditubuhkan.
*Gambar akan menyusul kemudian