Banner
442,936 Orang Calon Duduki SPM Bermula Selasa
This is my site Published on / Diterbitkan pada November 17, 2009 – 4:04 pm

OMR paperKUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Seramai 442,936 orang calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di 3,930 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 11 Nov hingga 5 Dis ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 (3.6 peratus) calon tajaan badan-badan tertentu, 10,331 (2.3 peratus) calon sekolah swasta serta 28,507 (6.5 peratus) calon persendirian.

Beliau mengingatkan calon supaya sentiasa merujuk jadual waktu peperiksaan terkini untuk butiran mengenai masa peperiksaan dan sentiasa membawa kad pengenalan masing-masing.

“Jika berlaku bencana seperti banjir atau kebakaran, ada kemungkinan berlaku pindaan kepada jadual peperiksaan dan perubahan pada pusat peperiksaan.

Saya minta calon yang terlibat supaya peka kepada perkembangan terkini yang akan dihebah melalui media massa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alimuddin juga menasihati ibu bapa supaya jangan mempercayai berita yang disebar melalui SMS kononnya terdapat kebocoran dalam kertas peperiksaan SPM.

Sumber: BERNAMA

NOTA: SMK Matang Jaya mempunyai lebih kurang 180 orang calon SPM pada tahun ini termasuk 70 pelajar aliran sains tulen. Dengan yang demikian, keluarga SMK Matang Jaya mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan SPM yang bermula esok.

Posted in /Kategori 

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree