Banner
PMR 2009 & Pendaftaran Sesi 2010
This is my site Written by admin on December 31, 2009 – 2:44 pm

KHAMIS – SMK Matang Jaya sekali lagi membuktikan bahawa ianya adalah antara sekolah terbaik di Sarawak apabila berjaya mencapai 88.24% kelulusan bagi Peperiksaan Menengah Rendah 2009. Sebanyak 6 orang pelajar mendapat keputusan semua A, dan GPS bagi tahun ini dilaporkan pada 2.64. SMK Matang Jaya juga berbangga kerana peratus kelulusan bagi semua matapelajaran adalah melebihi 93% dengan peningkatan dalam hampir kesemua matapelajaran kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah yang menurun kurang 1%. Turut membanggakan adalah peningkatan berterusan dari segi peratus kelulusan keseluruhan dari tahun ke tahun yang berjaya dicapai. Dengan yang demikian, SMK Matang jaya kini terletak di kedudukan ke 38 daripada lebih 170 sekolah menengah di seluruh Sarawak.

PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2010

Dalam pada itu, sesi persekolahan bagi tahun 2010 akan bermula pada 4 Januari 2010 dan pelajar diminta mendaftarkan diri pada 2 JANUARI 2010 dalam pakaian sekolah lengkap.

Maklumat pendaftaran mengikut kelas adalah seperti di bawah:

TINGKATAN 1 & 4
Lokasi : Kelas masing-masing
Tempoh pendaftaran : 0800 – 1030
Pakaian : Pakaian seragam sekolah lengkap
**Ibubapa pelajar Ting 1 diminta membawa wang lebih (melebihi RM50) bagi pembelian barangan pakej koperasi sekolah seperti Baju PJ/tali leher db.

TINGKATAN 2, 3, 5 & 6 ATAS
Lokasi : Kelas masing-masing (sila rujuk senarai nama yang dikeluarkan pihak sekolah semasa pendaftaran kelak)
Tempoh Pendaftaran : 0800 – 1030
Pakaian : Pakaian seragam sekolah lengkap

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar yang tidak mengikut peraturan pendaftaran seperti masih mewarnakan rambut dan tidak berpakaian seragam sekolah lengkap akan diminta pulang serta merta.  Pihak SMK Matang Jaya amat menitik beratkan disiplin di kalangan pelajar.

Disamping itu, para ibubapa turut dinasihatkan dan digalakan agar membawa wang lebih bagi melangsaikan segala urusan pembayaran yuran bagi sesi 2010.  Duit itu juga boleh digunakan untuk pembelian alat tulis yang bakal diperlukan para pelajar bagi sesi 2010.  Ibubapa dan pelajar juga digalakan datang tepat pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk melicinkan urusan pendaftaran ini.

Untuk makluman, pihak laman web tidak memperolehi senarai jumlah kutipan yuran dan juga senarai pakej barangan yang perlu dibeli pelajar baru bagi sesi 2010.  Oleh yang demikian, kerjasama pihak ibubapa untuk menyediakan wang lebih amatlah digallakan.

Kepada pelajar baru di SMK Matang Jaya, Selamat Datang! dan kepada pelajar senior (lama), Selamat kembali ke sekolah.

Posted in  

One Response »

  1. peraturan tetap peraturan…..

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree