Published on / Diterbitkan pada January 8, 2010 – 6:25 pm
KUALA LUMPUR - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyatakan bahawa keputusan Peperiksaan MUET 2009 bagi semua 905 pusat MUET di seluruh negara akan dikeluarkan pada hari Isnin ini. Calon-calon MUET 2009 boleh menyemak keputusan masing-masing melalui SMS dengan menaip MUET dan menghantar kepada 36363 mulai 12.01pagi pada tarikh tersebut. Selain itu, keputusan MUET 2009 juga boleh disemak dengan melayaki laman web http://www.mpm.edu.my bermula jam 9pagi. Untuk makluman, seramai 79, 206 calon telah mengambil MUET pada tahun lepas.