Banner
SMKMATANGJAYA.COM MASUK TAHUN KE-3
This is my site Written by admin on January 27, 2010 – 9:22 am

MATANG JAYA - Pihak PIBG SMK Matang Jaya telah berkenan melanjutkan penajaan untuk laman web rasmi SMK Matang Jaya buat kali kedua berturut-turut.  Untuk yang demikian, pihak pantadbiran laman web akan meningkatkan lagi isi dan juga maklumat yang terdapat pada laman ini, dan sekaligus cuba membuatkannya lebih baik agar ianya boleh digunakan oleh semua pengujung.

Dalam pada itu, pihak pereka grafik laman web SMK Matang Jaya telah bersetuju mengubah suai laman web SMK Matang Jaya agar ianya kelihatan lebih kemas dan teratur.  Proses pengubahsuaian antaramuka laman web ini dijangka mengambil sebulan sehingga akhir Februari 2010.  Selain daripada itu, laman web ini akan dibuat berlandaskan Bahasa Inggeris bagi membolehkan ianya dibaca oleh masyarakat sedunia.  Artikel dalam bahasa Melayu masih akan dibuat, namun antaramuka dan juga asas dalam laman web ini akan dibuat di dalam Bahasa Inggeris.

AJK Dokumentasi Sekolah, yang turut menjadi badan yang mengendalikan laman web SMK Matang Jaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG SMK Matang Jaya untuk persetujuan melanjutkan khidmat SMKMATANGJAYA.COM.

One Response »

  1. amat cantik sekali pemandangan sekolah ini

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree