Banner
Diari Sekolah 2010
This is my site Written by admin on February 2, 2010 – 10:11 am

Pihak pentadbiran telah menasihati semua pelajar di SMK Matang Jaya untuk membeli Diari Sekolah bagi sesi 2010 dari Koperasi SMK Matang Jaya.  Diari tersebut dianggap bahan penting bagi semua pelajar kerana ianya bukan sahaja mempunyai ruangan khas untuk menulis catatan harian yang penting seperti kerja rumah, tetapi juga merupakan rujukan utama pihak sekolah untuk kes-kes disiplin dan juga senarai tugas guru.

Diari 2010 mempunyai pelbagai maklumat yang dianggap penting, termasuklah nombor telefon jabatan kerajaan yang berkaitan dengan sektor pendidikan.  Ia juga mempunyai senarai nama guru yang lengkap, dan juga tarikh peperiksaan sekolah, serta jadual kegiatan/takwin tahunan SMK Matang Jaya.

Diharapkan para palajar membeli Diari Sekolah sesi 2010 untuk kemudahan sendiri dengan secepat mungkin.  Harga sebuah diari adalah RM6 sahaja.

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree