Banner
Sistem Fleksi Diperkenalkan
This is my site Published on / Diterbitkan pada February 8, 2010 – 9:03 pm

MATANG JAYA – Semua staf akademik SMK Matang Jaya pada hari ini telah didedahkan dengan sistem fleksi yang dipercayai boleh membantu SMK Matang Jaya mencapai kecermelangan akademik.  Sistem yang diperkenalkan oleh En Bedui Uni, Pegawai Pelajaran Daerah Kuching menyaksikan guru perlu melaksanakan dan merekod semua keputusan latihan dan ujian dalam satu sistem komputer bagi menilai pencapaian pelajar untuk tujuan penambah-baikan.

Bengkel Sistem Fleksi SMK Matang Jaya telah dilaksanakan mengikut bidang masing-masing dengan kebanyakan bengkel di uruskan oleh Ketua Bidang masing-masing.  Untuk tujuan latihan, guru-guru perlu membawa komputer riba masing-masing, dan perlu menyalin perisian Sistem Fleksi.  Semua Bengkel ditamatkan dalam jam 4:30 petang.

Posted in /Kategori 

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree