Banner
Pengenalan 2 Skrin Infomasi Digital
This is my site Published on / Diterbitkan pada February 12, 2010 – 11:39 pm

MATANG JAYA – SMK Matang Jaya maju setapak lagi dalam bidang teknologi dengan menjadi antara sekolah pertama di Kuching, dan mungkin di Sarawak memperkenalkan skrin infomasi digital. Skrin yang dipasang pada Foyer Akademik dan juga jalan ke Blok Akademik merupakan TV LCD jenama SAMSUNG AQUOS berwarna hitam.

Kedua-dua skrin informasi tersebut telahpun diguna pakai selama 2 minggu dan dipasang bagi tujuan memeri pelajar dan guru informasi terkini berkenaan sekolah. Antara yang dipaparkan adalah pengumuman ‘sit-in’ dan pemberitahuan mesyuarat yang bakal dibuat. Skrin informasi tersebut juga berfungsi sebagai agen bagi memperingati pelajar dan guru tentang tarikh tarikh penting yang harus diambil perhatian. Pn Pengetua ketika taklimat staf 1/2010 pada hari Khamis lalu menegaskan bahawa kehadiran kedua-dua skrin itu akan mengurangkan masalah guru dan pelajar lupa akan tarikh-tarikh penting.

Guru yang ingin menggunakan skrin informasi digital boleh berbuat demikian dengan mengisi borang berkaitan yang terdapat bersebelahan komputer umum di Pejabat Am (sebelah sofa).

Posted in /Kategori 

One Response/Satu maklum balas »

  1. maju dah smk matang jaya.. rindu eyh… huhu.. best nyer….

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree