Written by admin on March 2, 2010 – 8:50 pm
SMK MATANG JAYA - Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi calon-calon STPM sesi 2009 telah dikeluarkan pada hari Jumaat yang lepas. Hasil daripada analisis yang dibuat Unit Peperiksaan SMK Matang Jaya, didapati bahawa NGMP untuk SMK Matang Jaya telah meningkat kepada 2.12, manakala peratus kelulusan keseluruhan menurun kepada 97.75% berbanding 98.82% pada tahun 2008. Matapelajaran Pendidikan Seni Visual mengekalkan peratus kelulusan 100% dan matapelajaran seperti Sejarah, Ekonomi, Biologi, Kimia dan Matematik T menunjukkan peningkatan yang amat baik.
Berdasarkan NGMP dan peratus kelulusan, SMK Matang Jaya boleh disimpulkanbahawa keputusan STPM 2009 telah meningkat dari segi kualiti, manakala menurun dari segi peratus kelulusan. Untuk rekod, seramai 89 orang calon menduduki STPM di SMK Matang Jaya, dan 87 daripaa calon tersebut lulus. Analisis penuh keputusan STPM 2009 boleh dilihat di sini.






gud job..!!hope smkmj truz sukses…!!!nebes3..!!!x lmk gk spm kwar…