Banner
SPM 2009: Kelulusan 99.4%
This is my site Written by admin on March 11, 2010 – 8:19 pm

KHAMIS – Keputusan SPM bagi calon-calon dari SMK Matang Jaya menyaksikan peratus kelulusan melonjak naik ke 99.47% dengan seramai 187 calon berjaya mendapat sijil SPM masing-masing dan hanya seorang calon gagal. Adalah dilaporkan bahawa Kesusasteraan Melayu mencapai peratus kenaikan kelulusan tertinggi yakni 35.42%, dan pelajar terbaik (Nur Ashikin bt Mohamad) memperolehi 7A dan 2B.  Daripada semua matapelajaran yang diduduki pelajar, 10 matapelajaran memperolehi peningkatan, manakala 6 matapelajaran lain mengalami penurunan kecil.

SMK Matang Jaya juga turut diumumkan sebagai salah satu daripada 10 sekolah luar bandar terbaik di Sarawak dari segi keputusan keseluruhan SPM 2009.  Turut membanggakan warga SMK Matang Jaya adalah penurunan dari segi NGMP iaitu dari 5.55 pada 2008 kepada 5.47 pada tahun 2009.  Ini secara keseluruhan menggambarkan bahawa SMK Matang Jaya bukan sahaja mengalami kenaikan dari segi peratus kelulusan pelajar, tetapi juga bergerak ke arah peningkatan kualiti keseluruhan.  Analisis keputusan lengkap boleh dilihat disini.

Gambar calon-calon SPM 2009 menerima keputusan dipamerkan dibawah.

3 Responses »

  1. congratulations to all SPM candidates for 2009…
    To the rest of the students, all the best…=)

  2. Taniah diucapkan kepada SMK Matang Jaya atas kejayaannya dalam SPM 2009. Taniah juga kepada Saudari Nur Ashikin Mohamad sebagai pelajar terbaik SPM 2009.

  3. tahniah kerana smk matang jaya terus unggul dalam persada pendidikan.semoga smk mj terus mcapai kejayaan…

Tinggalkan komen

Spam Protection by WP-SpamFree