Written by admin on March 16, 2010 – 11:00 pm
SABTU - Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan dengan jayanya buat kali ke-3 oleh SMK Matang Jaya dengan kesemua unit beruniform yang ditubuhkan di SMK Matang Jaya menyertainya. Sungguhpun perkhemahan kali ini hanya diadakan di padang sekolah, namun lebih banyak aktiviti ‘survival‘ telah dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan para pelajar senior yang bertindak sebagai facilitator. Ini ditambah pula dengan keperluan setiap unit beruniform untuk memasak makanan mereka sendiri, yang sudah semestinya memberi seribu satu cabaran bagi pelajar yang jarang ke dapur.
Aktiviti lain termasuklah cabaran membina gadget dimana para peserta perlu mempelajari ikatan dan teknik membuat peralatan daripada buluh dan tali sahaja, manakalah larian berhalangan menyaksikan semua peserta bermandian dengan lumpur kerana perlu mengharungi halangan ala tentera.
Malam Kebudayaan pula menyaksikan persembahan yang menarik oleh semua persatuan yang terlibat, namun pujian tertinggi telah diberikan kepada pasukan KRS 1 dan persembahan khas daripada pihak fasilitator yang dianggap oleh ramai guru sebagai persembahan yang amat bertenaga dan telah lama tidak disaksikan dalam perkhemahan yang lepas.
Perkhemahan kali ini juga turut menyaksikan permainan Burung Hantu dikendalikan oleh unit Kaunseling dan juga sesi ceramah serta demonstrasi pertolongan cemas oleh unit JPA3. Perkhemahan Unit Beruniform Ke-3 SMK Matang Jaya ditutup dengan rasminya oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Liza Abdullah, dengan pujian diberikan oleh ramai peserta terhadap kelancaran perjalanan perkhemahan ini serta kemesraan dan tahap profesionalisme yang tinggi yang ditunjukkan para fasilitator.
Berikut adalah beberapa gambar daripada perkhemahan tersebut:
















































i love this camp. this is my first time joining camp. n i like it a lot. eventhough i hav to sleep only 2 hours per night. in car…but i learn a lot from this xtvt. theres a lot of memorable moment from this camp. i still kept the amanah.
‘ini batu saya, saya sayang batu saya
saya jaga batu saya, saya cium batu saya
mwuaahh!”
hehe
best ewh camp kali towk.. hrp2 da g tahun depan kt tmpt lain dan lebih mencabar…:)
Perkhemahan ini memberi saya seribu pengertian mengenai semangat bekerjasama..kerana antara kami fasilitator haruslah mempunyai perasaan saling menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat kerjasama yang kuat supaya adanya satu ikatan yang membuatkan kami saling bergantung untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar walaupun sepanjang perkhemahan ini saya tidak dapat berjalan dengan baik kerana tapak kaki saya luka disebabkan usaha saya dan rakan2 yang berusaha untuk menyiapkan halangan untuk ditempuhi oleh para peserta…kesimpulannya,saya sangat seronok dengan perkhemahan ini..!!
sya berasa sangat beruntung kerana dpat mengikuti perkhemahan ini krna ini pengalaman baru dalam hidup sya.sya berasa sngat seronok dan gembira kerana dpat merasa erti berdikari semasa berada d tempat perkhemahan walaupun ketika itu saya sedang rindu dgn ahli keluarga sya d rumah kerana telefon bimbit kami wajib di beri kpada fasilitator sehinggalah majlis penutupan dirasmikan.sya berharap sya akan terpilih untuk mewakili sekolah dlam perkhemahan pada suatu hari nanti
this kem is really best.The part i like is burung hantu achivity which can make we brave.and for all facey brother and sister good luck.
Camp bezzzzzzzzzzzzzzz
camping nank best lharr..challenge abis especially tyme main lasak2 yha..mlm tdo xckup…ada tyme bejaga ariya…1 lebeh jak tdo…haha..tpi best laa…harap ada gik klak..
Saya hanya berharap agar aktiviti perkhemahan ini dapat diadakan lagi tahun depan…
Saya dapat merasakan yang aktiviti perkhemahan ini sangat seronok..
Saya juga berharap agar tahun depan kita dapat mengadakan lebih banyak aktiviti yang seronok..
best khemah kali towk..:) harap tahun depan ada lagi aktiviti perkhemahan dan aktiviti yang lebih menarik.
camping tox nang bestzz lah…game nang lasak abis…coba seminggu camping ya bok cukup…mun ada lagik comfirmed mox masok gik….hahahahhax