Written by admin on April 24, 2010 – 7:57 am
JUMAAT – SMK MATANG JAYA sekali lagi membuktikan kehebatan di dalam Pertandingan Kawad Kaki dan Formasi KRS dan NGO apabila Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan Kadet Remaja Sekolah Berjaya mendapat kedudukan ketiga dan kedua dalam kategori masing-masing. Kejayaan ini sekaligus mengekalkan kedudukan SMK Matang Jaya yang turut mendapat tempat di kalangan pemenang kawad kaki pada tahun lepas. Johan pertandingan kawad kaki bagi kategori NGO jatuh kepada SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, Stampin Kuching manakala kategori KRS dimenangi SMK (A) Sheikh Hj. Othman Abd. Wahab. Pertandingan ini diadakan untuk tahun ke-4 dan pada tahun ini seramai lebih 1200 pelajar mengambil bahagian dari 43 buah pasukan. SMK Matang Jaya menjadi tuan rumah pertandingan Kawad Kaki & Formasi KRS dan NGO buat kali kedua. Majlis penanguhan pertandingan ini disempurnakan oleh Encik Nasir bin Salem dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuching yang mewakili En Bedui (Pegawai Pelajaran Daerah Kuching). Dibawah adalah beberapa gambar dari hari terakhir pertandingan tersebut.
Keputusan Penuh Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Rendah & Menengah KRS & NGO Peringkat Kuching 2010
Ketua Platun Terbaik Sekolah Rendah: SK Gita (Pengakap)
Ketua Platun Terbaik Sekolah Menengah: SK Gita (Pengakap)
Pasukan Terbaik NGO (P): SMK Datuk Patinggi Hj Abdul Gapor (St John Ambullance)
Pasukan Terbaik NGO (L): SM Sains Kuching (Pengakap)
Pasukan Terbaik KRS (P): SMK Semerah Padi
Pasukan Terbaik KRS (L): SMK Sheikh Hj Othman Wahab
Johan Sekolah Rendah (P): SK Gita (Pengakap)
Naib Johan Sekolah Rendah (P): SK Rakyat Hj Bolhassan (PPIM)
Tempat Ke-3 Sekolah Rendah (P): SK Combined (PPIM)
Johan Sekolah Rendah (L): SK Gita (Pengakap)
Naib Johan Sekolah Rendah (L): SK Rakyat Hj Bilhassan (Pengakap)
Tempat Ke-3 Sekolah Rendah (L): SK Merpati Jepang (Pengakap)
Johan Sekolah Menengah (P): SMK Datuk Patinggi Hj Abdul Gapor (St John Ambulance)
Naib Johan Sekolah Menengah (P): SMK Semerah Padi (Pengakap)
Tempat Ke-3 Sekolah Menengah (P): SMK Matang Jaya (BSM)
Johan Sekolah Menengah (L): SMK Semerah Padi (Pengakap)
Naib Johan Sekolah Menengah (L): SMK Datuk Patinggi Hj Abdul Gapor (Briged Remaja)
Tempat Ke-3 Sekolah Menengah (L): SM Sains Kuching (Pengakap)
KATEGORI KADET REMASA SEKOLAH:
Johan Sekolah Rendah (P): SK En Buyong
Johan Sekolah Rendah (L): SK RPR Semerah Padi
Johan Sekolah Menengah (L): SMK Sheikh Hj Othman Wahab
Naib Johan Sekolah Menengah (L): SMK Paku
Tempat Ke-3 Sekolah Menengah (L): SM Sains Kuching
Johan Sekolah Menengah (P): SMK Semerah Padi
Naib Johan Sekolah Menengah (P): SMK Matang Jaya
Tempat Ke-3 Sekolah Menengah (P): SMK Datuk Patinggi Hj Abdul Gapor










































yeahhhhhh!!! PBSM SMK Matang Jaya luf u ol…congrext kay…