Written by admin on May 7, 2010 – 1:47 pm
Rajawali berjaya mempertahankan kedudukan di dalam Kejohanan Olahraga Antara Rumah Sukan SMK Matang Jaya yang ke-4 pada tahun ini. Kejohanan yang berlangsung di 2 lokasi, yakni di SMK Matang Jaya dan juga di Stadium Negeri Sarawak dirasmikan oleh YB Haji Daud bin Abdul Rahman Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri(Hal Ehwal Islam) pada hari Rabu, 5 Mei 2010. Beliau dalam ucapan perasmian kejohanan telah memberi nasihat kepada lebih 1000 peserta kejohanan berkenaan betapa pentingnya seseorang pelajar mempunyai kegiatan ko-kurikulum disamping keputusan akademik yang baik. Simbolik upacara perasmian pada tahun ini dilakukan dengan pukulan gong sebanyak 4 kali oleh Yang Berhormat bagi menandakan umur kejohanan yang baru melangkau kali ke-4. Beliau turut diberi kesempatan untuk bertemu kontijen-kontijen yang bertanding, selain daripada menyampaikan pingat kemenangan kepada pemenang-pemenang bagi bahagian Pendidikan Khas.
Hari kedua pertandingan yang diadakan di Stadium Negeri menyaksikan kejohanan berlangsung seawal jam 8pagi, dimana pasukan rumah sukan yang bertanding silih berganti sebagai pendahulu kejohanan selepas setiap acara. Namun yang demikian, rumah sukan Rajawali (Hijau) sekali lagi membuktikan kejaguhan apabila berjaya mengungguli tempat pertama, dan sekaligus dinobatkan Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Antara Rumah Sukan Kali-4 SMK Matang Jaya. Tempat kedua dan ketiga diduduki Rumah Kenyalang (Kuning) dan Rumah Cenderawasih (Biru) masing-masing. Dalam ucapan penutupan kejohanan, Puan Hjh Saftuyah (Pengetua Kanan SMK Matang Jaya) menyatakan bahawa menang kalah adalah adat permainan, namun beliau tetap berbangga melihat semangat kesukanan yang ditonjolkan semua yang terlibat. Majlis penutupan turut diserikan dengan persembahan ‘pom-pom’, ’shuffle’ dan B-Boy oleh pelajar. Berikut adalah beberapa gambar kedua-dua hari tersebut:







































































g0! RAJAWALI!!!!!!!!! u can do it!!!!!!!!……
rajawali tetap menang!!!!! tahniah kepada semua pasukan rajawali
yg bertngkus-lumus untuk menjuarai kemenangan sekali lagi!!!!
wow??won again…
congrats to all of you..
eventhough rajawali won again,but 4 me,u ol is the champion.
congrats!
^.^
congrat RAJAWALI!!menang kalah itu adat permainan….hehehe…walaupun rmh sukan saya kalah..ttp saya ttp bbgga dgn kejayaan yg sy peroleh dan menjadi atlit terbaik lelaki A..tanpa sokongan cikgu2 dan kawan sapa lah sy…t’utama kepada ckgu2 yg telah bnyk memberi tunjuk ajar kpda sy..THX!!
biyalah rajawali menang……tetapi sy banga kerana sy telah mendapat 1emas 2gansa
saya ttp banga dgn rumah sukan saya iaitu rumah knyalang kerana tlh mndpt num2 dlm pertndingan shukur alhamdulillah…tetapi rajawali menang berturut-turut..
sebagai ketua rumah sukan, saya sungguh bangga akan rumah RAJAWALI..sekali lagi rajawali dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga.Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menjayakan aktiviti sukan ini dengan baik sekali,kepada semua atlet2 yg sudah berusaha bersungguh2 bagi yang terbaik dan kepada penyokong rumah sukan…Terima kasih juga kepada ahli rumah sukan yang lain..Go rajawali!!!!peace..GBU..
congrats rajawali..walaupun rumah sukan saya kalah, tapi saya tetap bangga dengan ahli rumah merah.saya selaku ketua lelaki,perempuan b dan c rumah merah mengucapkan terima kasih dan berbangga dgn semangat ahli rumah merah…insyaalah tahun yg akan dtg garuda dpt menjulang nma JUARA!!…
biarpun saya tidak ada medal, tetapi saya bangga kerana kenyalang mendapat no 2. terima kasih atas usaha semua kwn saya.