Banner
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6 Rendah 2010
This is my site Published on / Diterbitkan pada May 10, 2010 – 7:36 am

ISNIN - SMK Matang jaya hari ini menerima kehadiran lebih 120 pelajar Tingkatan 6 Rendah ke sekolah.  Pendaftaran dilakukan di Dewan Serbaguna Sekolah dengan guru tingkatan kelas-kelas Tingkatan 6 Rendah menguruskan pendaftaran kemasukan pelajar mereka.

Dalam pada itu, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada semua pelajar baru Tingkatan 6 Rendah bahawa tarikh terakhir bagi pelajar yang ingin berpindah sekolah, berpindah jurusan atau membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 Rendah (bagi yang gagal ke Tingkatan 6) adalah pada 21 Mei 2010.  Keputusan rayuan/permohonan pelajar akan diketahui pada 10 Jun 2010.

Kepada semua pelajar Tingkatan 6 Rendah sesi kemasukan 2010, Selamat Datang ke SMK Matang Jaya.

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree