Banner
Gotong Royong Perdana, Majlis Penutupan Program Ceriaton & Mesyuarat Agung PIBG 2010
This is my site Published on / Diterbitkan pada May 15, 2010 – 5:38 pm

SABTU – SMK Matang Jaya telah melaksanakan 3 program serentak pada hari Sabtu ini dengan yakni melaksanakan Gotong Royong Perdana, melaksanakan Majlis Penutupan Program Ceriaton & melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Tahunan.

Dalam Gotong Royong Perdana, pelajar, guru dan ibubapa telah dibahagikan kepada kumpulan tertentu bagi bersama-sama membersihkan kawasan sekitar sekolah.  Antara kawasan yang diberi perhatian adalah sekitar makmal MPV, tempat menunggu, parit-parit utama dan pagar sekolah.  Gotong-royong telah ditamatkan pada jam 9 pagi.

Bagi Majlis Penutupan Program Ceriaton pula, kesemua guru, pelajar dan ibubapa telah berkumpul di Dewan Serbaguna Sekolah untuk pengumuman jumlah kutipan dan penyampaian hadiah kepada pemungut derma terbanyak.  Untuk makluman, program tersebut dijalankan untuk mengumpul dana bagi membantu pihak sekolah menceriakan sekolah disamping digunakan untuk aktiviti-aktiviti berkaitan pelajar. Program Ceriaton telah diadakan selama lebih sebulan dan jumlah kutipan adalah menjangkau RM44 ribu.  Dalam pada itu, Mohd Hazwan(3Terbilang) telah diumumkan sebagai pelajar yang membuat pungutan terbanyak dan beliau telah dihadiahkan sebuah basikal oleh pihak PIBG.  Dalam kategori guru pula, Pn Pengetua, Pn Hajah Saftuyah telah berjaya memungut lebih RM6000, dan sekaligus menjadikan beliau guru dengan kutipan terbanyak.  Dengan kejayaan tersebut, beliau telah dihadiahkan sebuah Printer Canon oleh pihak PIBG.

Majlis Penutupan Program Ceriaton berakhir sekitar jam 1030 pagi dengan para pelajar dibenarkan beredar untuk memberi laluan kepada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2010.

Seperti kelazimannya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bermula dengan ucapan aluan oleh En Mongomery Montaha yang merupakan Yang Dipertua PIBG.  Ini disusuli oleh ucapan dari Pn Pengetua, Pn Hjh Saftuyah dimana beliau memberi penjelasan terperinci berkenaan keadaan dan juga program-program sekolah.  Laporan  dari Pn Aminah selaku Setiausaha Kehormat kemudian menyusul, dan ini diikuti oleh pembentangan belanjawan oleh En Yussof Hassan.  Dalam mesyuarat PIBG tersebut, beberapa usul telah dibuat oleh ibubapa, dan cadangan serta cara penyelesaian telah dibincangkan bersama.  Para ibu bapa juga memberikan pandangan mereka terhadap apa yang berlaku di sekolah, dan memberi cadangan bernas bagi membolehkan SMK Matang Jaya bergerak ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.  Mesyuarat berakhir pada jam 1230 petang.

One Response/Satu maklum balas »

  1. hahahaha….. tahniah kpd sumua plajar berserta guru-guru yg terlibat dgn gotong-royong……and nice picture…

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree