Banner
Hari Guru 2010 Disambut Meriah
This is my site Published on / Diterbitkan pada May 17, 2010 – 8:48 pm

Hari Guru pada tahun ini disambut sederhana tetapi meriah.  Sambutan diadakan dalam dua sesi, yakni sesi ucapan serta sukaneka, dan sesi kedua merupakan sesi persembahan dan penyampaian hadiah.  Sesi pertama diadakan di Dataran Jaya dimana Puan Pengetua, Pn Hjh Saftuyah Hj Adenan telah menegaskan kepada pelajar betapa  pentingnya pengorbanan seorang guru dalam mendidik mereka.  Menyusul kemudian adalah bacaan ucapan Menteri Pelajaran oleh En Kamel, dan ini disusuli oleh bacaan ucapan Pengarah Kementerian Pelajaran oleh En Martin Barin Oswold.  Sukaneka guru menyusuli kemudian sebelum majlis berehat selama setengah jam.

Sesi kedua dimulakan pada jam 9:30 pagi dengan para pelajar mempersembahkan  beberapa buah tarian yang amat menarik, termasuklah sebuah persembahan Sains oleh pelajar Tingkatan 5G.  Persembahan yang dipamerkan pada tahun ini dilihat berbeza daripada tahun-tahun sudah, dan ini mengundang banyak pujian dari kalangan guru dan pelajar.  Majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah khas kepada guru-guru sebelum diakhiri dengan persembahan dan upacara pemotongan kek oleh para guru sendiri.  Sebagai penghargaan khas, para guru dijamu di The Grand Malay Restaurant oleh wakil daripada pihak PIBG pada jam 1230 petang.  Majlis berakhir sekitar jam 2 petang.

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree