Published on / Diterbitkan pada June 30, 2010 – 10:03 am
MATANG JAYA – SMK Matang Jaya hari ini telah melancarkan Hari Koperasi selaras dengan Hari Koperasi yang turut diadakan di sekolah sekolah lain. Majlis disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, Pn Liza Abdullah dan ianya diperhatikan oleh semua pelajar dan guru di Dewan Serbaguna SMK Matang Jaya. Simbolik pelancaran Hari Koperasi adalah upacara penanaman pokok. Hari Koperasi SMK Matang Jaya menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan termasuklah jualan gerai khas, serta pertandingan Kuiz Koperasi.